Radin Era mahu jadi hos acara berprestij

Radin Era mahu jadi hos acara berprestij

Hos dan penyampai radio, Radin mengakui dia masih terbuka untuk menerima mana-mana tawaran pengacaraan atau mana-mana cabang seni lain mengikut kesesuaian masa.

Menurut Radin, dirinya sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima cabaran baru, namun tidak sewenang-wenangnya terima sesuka hati.

Saya ada tugas hakiki iaitu sebagai penyampai radio Era jadi saya kena fikirkan itu dulu sebelum berani mengambil komitmen lain.

Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Affendy Aruani memaklumkan yang dia juga seboleh mungkin tidak mahu menyusahkan pihak lain demi kepentingan dirinya sendiri.

Tambah Radin, dia sememangnya mampu menerima tawaran dengan hati terbuka jika tidak bertembung dengan jadualnya namun terpaksa menolak tawaran jika sampai perlu berada di luar lokasi.

Radin memaklumkan perkara sedemikian untuk mengulas dakwaan kononnya dia terlalu memilih sesebuah tawaran yang pihak produksi dan stesen televisyen berikan kepadanya.

Dalam pada itu, Radin turut mengakui mempunyai hasrat serta mengidam untuk menjadi pengacara program yang lebih besar termasuk untuk acara yang berprestij.

Saya bersyukur kerana bakat saya semakin dilihat dan saya yakin akan sampai rezeki untuk saya nanti.

Dalam perkembangan lain, Radin sedang dalam perancangan untuk menamatkan zaman solo tidak lama lagi dan akan berkongsi tentang perkara tersebut apabila sudah bersedia serta pada masa yang sesuai. Bn

Radin Era mahu jadi hos acara berprestij


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker