DAP tak akan kerjasama dengan pengkhianat untuk PRU15 – Guan Eng
DAP tak akan kerjasama dengan pengkhianat untuk PRU15 – Guan Eng
DAP enggan berganjak daripada pendiriannya menolak sebarang cadangan untuk bekerjasama dengan parti atau individu yang pengkhianatannya terhadap Pakatan Harapan (PH) mengakibatkan kejatuhan gabungan itu daripada tampuk pemerintahan pada 2020.
Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata, tiada apa-apa yang akan menganjak parti itu daripada kedudukannya walaupun beliau difahamkan bahawa sesetengah pihak percaya semua parti pembangkang perlu bekerjasama untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang (PRU15)
“Kami tidak akan mengambil pendekatan menang walau dengan apa cara sekalipun, yang bermaksud bekerjasama dengan orang yang tiada rasa bersalah apabila mengambil bahagian dalam Langkah Sheraton,” katanya kepada FMT.
“Bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan individu yang bekerjasama dengan Najib Razak untuk menumbangkan kerajaan PH? Ia seolah-olah bekerjasama dengan BN.”
Selasa lepas, penganalisis di Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata, PH tiada pilihan selain bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi memastikan kemenangan pada PRU15.
Lim berkata, ramai penyokong DAP tidak akan dapat menerima idea PH bekerjasama dengan pemimpin pembangkang tertentu, terutamanya yang merancang Langkah Sheraton atas hujah perkauman dan agama.
“Pemimpin-pemimpin ini mampu menggunakan alasan yang sama jika timbul keperluan untuk terus berkuasa selepas PRU15. Mustahil untuk bekerjasama dengan mereka lagi,” katanya.
Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan Azmi bahawa PH akan “membunuh diri dari segi politik” jika melawan BN dan Perikatan Nasional pada masa yang sama, beliau berkata: “Kami mengambil pendirian menentang politik khianat.
“Kami bersedia untuk berdepan akibatnya kerana tidak mengorbankan integriti dan prinsip kami dalam perkara ini.” FMT
DAP tak akan kerjasama dengan pengkhianat untuk PRU15 – Guan Eng
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa Najib dapat naik MRT dulu?
- Tak ada seorang PM pun bincang tarikh PRU secara terbuka
- Berita gembira! PM umum tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan
- Kanak-kanak OKU 10 Tahun Berjaya Diselamatkan Setelah 4 Hari Terperangkap Dalam Perigi
- Tak sanggup tengok Azira Shafinaz sekarang – Netizen
- Nabila Razali Pakai Baju Renang Dapat Kecaman Netizen Hingga Ada Yang Tak Sanggup Tengok
- Ranking daya saing turun bukan salah PM, Najib beritahu Guan Eng
- Pesawat British Airways dilanda ‘banjir’ di udara
- Mahkamah keluar waran tangkap terhadap bekas isteri SM Faisal
- 7 pegawai ditahan, imigresen sedia kerjasama SPRM
- Ada habuan untuk Harimau Malaya – Ismail
- Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah
- Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)
Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai
Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah
You must be logged in to post a comment.