Cuba lawan pasukan Eropah


Cuba lawan pasukan Eropah

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail mencadangkan supaya Harimau Malaya cuba mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Eropah sebagai persiapan ke Piala Asia tahun depan.

Jamal menjelaskan, ia bagi memastikan pemain mendapat keyakinan yang lebih tinggi apabila menentang pasukan besar di peringkat Piala Asia nanti.

Beliau bagaimanapun berkata, Malaysia juga boleh mencari pasukan besar dari Asia seperti Arab Saudi sekiranya tidak mendapat pasukan Eropah untuk mengadakan aksi persahabatan.

“Bila buat aksi persahabatan kita nak pasukan yang satu langkah ke depan dari standard Asia supaya apabila kita bermain dengan pasukan Asia nanti, kita sudah yakin dan berkebolehan.

“Kalau contohnya kita lawan Brunei dan Filipina, ia bukan tahap kita. Jadi perlawanan persahabatan itu mungkin lawan seperti pasukan Croatia. Kita banyak berkawan dengan kelab dan negara besar, kita cubalah.

“Bagi tempoh setahun ini kita buat banyak perlawanan persahabatan, kita kena buat satu perancangan paling kurang dalam 12 bulan itu kita mesti ada sekurang-kurangnya lima atau enam perlawanan persahabatan.

“Cuma kita risau juga ada negara yang tak nak main dengan kita. Tapi kita kena cuba, apabila kita sudah masuk ke tahap layak ke Piala Asia ini, saya rasa banyak pasukan yang nak lawan kita,” katanya kepada BH Sukan.

Selain itu, Jamal bersyukur apabila masih sempat untuk melihat kejayaan Harimau Malaya layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia selepas 42 tahun.

Beliau yang beraksi bersama skuad negara pada Piala Asia 1980 iaitu kali terakhir Malaysia layak secara merit ke kejohanan itu menyifatkan pemain Harimau Malaya berhak mendapat kejayaan itu atas apa yang dipamerkan di bawah kendalian Kim Pan Gon.

“Saya rasa amat bangga dan terharu, selepas 42 tahun saya masih lagi hidup dan dapat melihat pemain Harimau Malaya mencipta sejarah layak secara merit ke Piala Asia.

“Saya harap momentum ini akan berterusan. Apa yang saya tengok kita sebenarnya ada pemain, tapi pemain yang ada mungkin tak digunakan sepenuhnya macam apa yang Pan Gon buat ini.

“Sekarang nampak pemain pun bermain bersungguh-sungguh, maknanya dengan hati yang benar-benar tulen, tak ada main-main. Itu yang saya nampak ada perbezaan, tapi sebenarnya tak banyak beza dari segi pemain dengan pasukan sebelum diambil alih Pan Gon,” katanya. BH

Cuba lawan pasukan Eropah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker