Bahaya Trend ‘Scalp Popping’ Tarik Rambut Sampai Dengar Bunyi Meletup Boleh Legakan Sakit Kepala?

Bahaya Trend ‘Scalp Popping’ Tarik Rambut Sampai Dengar Bunyi Meletup Boleh Legakan Sakit Kepala?

MIGRAIN bukanlah penyakit yang boleh mengancam nyawa tetapi cukup untuk membuatkan aktiviti seharian terganggu.

Kaedah menarik sedikit rambut sehingga menghasilkan bunyi ‘pop’ atau lebih dikenali sebagai ‘scalp popping‘ merupakan salah satu cara menghilangkan rasa sakit kepala secara melampau ini.



Namun trend budaya Amerika Selatan yang menjadi pengaruh besar kononnya boleh melegakan atau menghilangkan migrain ini sebenarnya sangat berisiko kepada manusia.

Menerusi satu laman sesawang, Newsweek, seorang pakar bedah kosmetik, Dr Anthony Youn menyatakan rasa bimbang setelah melihat video-video yang menjadi amalan sehingga mencecah jutaan jumlah tontonan.

Klip asal video tersebut menunjukkan seorang tukang gunting menarik rambut pelanggannya sehingga mengeluarkan bunyi ‘meletus’ berkali-kali.

Jelasnya, bunyi yang dihasilkan ini adalah apabila anda menarik rambut dengan kuat sehingga mengakibatkan galea (lapisan kulit bahagian atas kepala) tertarik dari tengkorak.



Gambarajah menunjukkan galea yang merupakan lapisan kulit bahagian atas kepala.

Bagi sesetengah orang, bunyi meletus itu sudah cukup membuatkan mereka rasa perkara itu mengerikan untuk dicuba sendiri tetapi ada juga pihak yang tergoda dan berminat untuk mencubanya sendiri.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Klinik Kulit Perubatan dan Kosmetik, Klinik Kulit Cosmedics, Dr Ross Perry turut menerangkan mengenai trend yang memudaratkan tahap kesihatan seseorang indvidu apabila galea ini mula dijangkiti kuman.



“Bunyi meletus yang anda dengar adalah apabila rambut ditarik dengan kuat, anda sebenarnya mengeluarkan galea dari tengkorak. Galea adalah lembaran berserabut keras tisu penghubung yang memanjang ke atas tengkorak, membentuk lapisan tengah kulit kepala.

“Aktiviti ini tidak boleh dicuba di rumah atau di salon kerana terdapat beberapa bahaya berkaitan dengan kaedah ini. Bukan sahaja anda dengan mudahnya merobek bahagian dalam kulit kepala yang boleh menyebabkan pendarahan dan kemungkinan jangkitan kuman, ia boleh menjadi keadaan bertambah sakit dan sangat tidak selesa.

“Ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada folikel rambut dalam jangka masa panjang yang boleh mengakibatkan keguguran rambut dan jangan lupa kecederaan pada leher dan kepala akibat kekuatan rambut yang ditarik,” tambahnya.



Penyakit folikulitis merupakan keadaan kulit kepala menjadi gatal akibat folikel rambut meradang.

Bukan itu sahaja, perbuatan ini boleh menyebabkan hematoma subgaleal iaitu apabila kumpulan darah terbentuk di bawah kulit kepala dan boleh menjadi sangat berbahaya.

Malah, kata pengarah urusan di Harley Street Hair Transplant Clinics, Yannis Giantzides, kerosakan kulit kepala boleh berlaku.

“Merobek dan menarik rambut anda dengan menyakitkan bahagian ditarik boleh mengakibatkan wujudnya kawasan botak yang bertompok di seluruh kulit kepala anda.



“Ia juga berpotensi menyebabkan folikulitis. Ini boleh menjadi keadaan kulit yang sangat gatal, sakit dan tidak menyenangkan di mana folikel rambut meradang,” jelasnya.

Berikutan video tular baru-baru ini telah mencetus kembali amalan itu, masyarakat Amerika Selatan telah sekian lama menganggapnya sebagai ubat atau tradisi yang berkesan untuk sakit kepala.

Keadaan kepala yang botak akibat terlalu kerap melakukan teknik ini.



Walaupun teknik ini dipuji oleh sesetengah orang, Dr Ross Perry menyangkal idea ini, memberitahu Newsweek bahawa ‘scalp popping‘ bukanlah perkara baharu dalam kalangan wanita Mexico.

Budaya lain telah melakukannya selama bertahun-tahun sebagai cara yang didakwa melegakan sakit kepala, namun tidak ada ujian perubatan atau penyelidikan yang menyokong teori ini juga tidak berbaloi untuk dicuba.

Bahaya Trend ‘Scalp Popping’ Tarik Rambut Sampai Dengar Bunyi Meletup Boleh Legakan Sakit Kepala?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker