Hanya projek kerajaan Johor – Sultan Ibrahim
Hanya projek kerajaan Johor – Sultan Ibrahim
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya segala projek kerajaan dilaksanakan di negeri itu hendaklah disebut sebagai projek kerajaan Johor dan bukannya projek kerajaan Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN).
Baginda mahu kerajaan negeri bergerak tanpa kepentingan politik dan bantuan oleh kerajaan juga perlu dibuat melalui jabatan kerajaan, pejabat daerah, penghulu dan ketua kampung.
“(Ini) supaya ia tidak berbau politik,” titah baginda di Facebook.
Baginda berkata demikian ketika berangkat pada majlis Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15.
Sultan Ibrahim juga berkata pelantikan ketua kampung tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana parti politik.
Katanya, pelantikan ahli majlis tempatan juga perlu dibuat secara teliti dengan mengambil kira taraf pendidikan, kepakaran dan pengalaman kerja, bukan mengikut jawatan parti politik.
“Tugas mereka adalah untuk memberikan pandangan sahaja, bukan untuk mengaut kontrak kerja,” titah baginda.
Dalam perkembangan lain, baginda menggesa kerajaan persekutuan memberikan peruntukan lebih banyak kepada Johor kerana setiap tahun hampir RM13 bilion hasil persekutuan dikutip dari negeri itu.
Baginda menzahirkan kekecewaan dengan keadaan bangunan persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik seperti Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar.
“Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktirikan, walhal Johor adalah antara penyumbang utama ekonomi negara.
“Saya menyeru kerajaan persekutuan segera tunaikan janji untuk menaik taraf Lebuh Raya Utara Selatan kepada enam lorong dan Lebuh Raya Senai-Desaru menjadi empat lorong sepenuhnya.
“Lihatlah juga keadaan jalan-jalan Persekutuan yang rosak dan berlubang, contohnya jalan Johor Bahru-Mersing yang membahayakan pengguna jalan raya,” katanya. FMT
Hanya projek kerajaan Johor – Sultan Ibrahim
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa Najib dapat naik MRT dulu?
- Tak ada seorang PM pun bincang tarikh PRU secara terbuka
- Berita gembira! PM umum tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan
- Kanak-kanak OKU 10 Tahun Berjaya Diselamatkan Setelah 4 Hari Terperangkap Dalam Perigi
- Tak sanggup tengok Azira Shafinaz sekarang – Netizen
- Nabila Razali Pakai Baju Renang Dapat Kecaman Netizen Hingga Ada Yang Tak Sanggup Tengok
- Ranking daya saing turun bukan salah PM, Najib beritahu Guan Eng
- Pesawat British Airways dilanda ‘banjir’ di udara
- Mahkamah keluar waran tangkap terhadap bekas isteri SM Faisal
- 7 pegawai ditahan, imigresen sedia kerjasama SPRM
- Ada habuan untuk Harimau Malaya – Ismail
- Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah
- Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)
Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai
Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah
You must be logged in to post a comment.