Bedah bariatrik ada syarat elak risiko mati

PETALING JAYA: Pembedahan bariatrik tidak sepatutnya dilakukan dengan tujuan estetik atau kecantikan, tetapi dibolehkan untuk kesihatan terutamanya bagi individu yang mempunyai masalah obesiti.

Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Boi Saidi Abdul Razak berkata, individu-individu yang mahu melakukan pembedahan perlu memenuhi kriteria ditetapkan dan tidak semua orang dibenarkan melakukan pembedahan berkenaan.

Menurut beliau, jika prosedur pembedahan dilakukan ke atas individu-individu yang tidak bersesuaian, dibimbangi mendatangkan risiko selepas pembedahan seperti terjadinya tersumbat pada saluran darah hingga menyebabkan kematian.



“Mereka perlu memenuhi kriteria-kriteria ditetapkan di mana ia membolehkan orang tertentu untuk menjalani pembedahan bariatrik. Selalunya orang-orang itu adalah mereka yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 40 atau obesiti.

“Kita juga perlu lihat sama ada individu berkenaan mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti masalah jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Koh Kar Chai turut berpendapat, pembedahan bariatrik tidak sepatutnya dilakukan atas tujuan estetik selain perlu dilakukan pakar bedah yang berkelayakan.

“Calon yang mahu melakukan bariatrik ini perlu dinilai oleh pakar bedah berkenaan untuk melihat sama ada mereka sesuai untuk menjalani pembedahan tersebut.



“Mereka perlu diingatkan bahawa pembedahan bariatrik tidak boleh dilakukan untuk tujuan estetik. Jadi sila berbincang dengan pakar bedah untuk mengetahui sama ada pembedahan itu sesuai atau tidak dan diingatkan jangan melawat doktor yang tidak bertauliah untuk pembedahan ini,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie



#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker