Ismail ucap takziah atas pemergian Tun Arshad Ayub

Ismail ucap takziah atas pemergian Tun Arshad Ayub

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa sedih serta merakamkan ucapan takziah atas pemergian ahli akademik dan pendidik terbilang, Tun Arshad Ayub awal pagi ini.

Perdana Menteri berkata, tokoh pejuang pendidikan ini amat besar sumbangannya pada negara.



“Negara kehilangan seorang tokoh yang sangat berjasa dan meninggalkan legasi yang tidak ternilai untuk Keluarga Malaysia. Allahyarham seorang pendidik berpandangan jauh yang memberi impak besar kepada pendidikan negara.

“Legasi Allahyarham khususnya menubuhkan Universiti Teknologi Mara(UiTM) sudah melahirkan banyak profesional dan juga usahawan tekno Melayu di negara ini. Kini universiti itu melahirkan lebih 700,000 graduan,” katanya di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, Allahyarham juga menunjukkan pencapaian yang luar biasa dalam semua bidang yang diceburi.

“Beliau turut terbabit merancang agenda pembangunan negara khususnya pada era selepas kemerdekaan negara yang menjadi teras pentadbiran Tun Abdul Razak dalam memacu Dasar Ekonomi Baru (DEB).



“Keazaman, kebijaksanaan dan kerja keras Allahyarham tanpa mengenal erti penat lelah untuk negara serta seluruh Keluarga Malaysia wajar diteladani,” katanya.

Beliau yang turut mewakili rakyat negara ini mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan Allahyarham.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya. BH

Ismail ucap takziah atas pemergian Tun Arshad Ayub




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!



“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker