Cukuplah 42 tahun, usah biar kami kempunan lagi

30

Cukuplah 42 tahun, usah biar kami kempunan lagi

Oleh Kamaruddin Selamat

Hari ini adalah penentuan buat skuad kebangsaan untuk layak ke Piala Asia buat kali pertama sejak 1980 di Kuwait. Selepas hampir 42 tahun, ini adalah peluang keemasan bagi skuad Harimau Malaya menempatkan diri dalam kelompok 24 pasukan terbaik Asia.

Kejayaan mengutip tiga mata berharga menentang Turkmenistan adalah satu modal penting untuk memastikan skuad Harimau Malaya bersaing dalam Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023. Tinggal baki satu aksi sahaja lagi iaitu menentang Bangladesh yang sudah pun tersingkir.

Meskipun menjadi pasukan di kedudukan ranking lebih rendah, Bangladesh berupaya memberikan kejutan kepada skuad Harimau Malaya selepas mereka berjaya mengikat naib juara Piala AFF 2020, Indonesia, tanpa jaringan pada aksi persahabatan di Indonesia, awal bulan ini.

Skuad kebangsaan mempunyai rekod bersih berhadapan Bangladesh apabila melakar tujuh kemenangan dan dua seri sepanjang 10 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan. Pertemuan kali terakhir adalah pada 2012 yang menyaksikan aksi persahabatan berakhir dengan 1-1.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pang-Gon akan menjadi tumpuan pada hari ini. Segala keputusan dalam mencorakkan pasukan adalah penentu untuk mereka layak ke Piala Asia 2023. Semestinya Kim Pang-Gon dan pasukan teknikal sedang ‘memerah otak’ sejak tewas 1-2 kepada Bahrain Sabtu lalu, bagi menyenaraikan kesebelasan utama hari ini.

Taktikal bermain bertahan bukanlah yang diharapkan pada malam ini. Pang-Gon perlu berani menyingkirkan pemain yang leka dan tidak serius sungguhpun ia adalah kapten pasukan. Pemain bercorak serangan dan dinamik semestinya menjadi pilihan utama.

Ini bukan masanya untuk bermain ‘safe’ dan bersuka ria. Skuad Harimau Malaya wajib bermain secara menyerang dan menjaringkan seberapa banyak gol bagi mencerahkan peluang menjadi lima naib juara kumpulan terbaik.

Malaysia memiliki banyak kelebihan untuk menang dengan bergaya. Peluang bermain di halaman sendiri tidak perlu dipersiakan. ‘Ekor’ Harimau Malaya akan terus memainkan peranan sebagai pemain ‘kedua belas’.

Kita tidak mahu kempunan untuk ke Piala Asia dan melihat negara jiran seperti Thailand dan Filipina beraksi di Piala Asia. Akhir kata, Harimau Malaya bermainlah demi lencana di dada. Bermainlah demi penyokong yang mengharapkan kejayaan.

Angkatlah mutu bola sepak negara ini ke tahap yang lebih tinggi selain peringkat Asia Tenggara. Selangkah sahaja lagi Harimau Malaya untuk ke Piala Asia. BH

Cukuplah 42 tahun, usah biar kami kempunan lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker