3 rakan maut, tak sempat sambut hari lahir

3 rakan maut, tak sempat sambut hari lahir

Hasrat lima sekawan meraikan ulang tahun kelahiran bertukar tragedi, apabila tiga daripadanya maut dan dua lagi parah, selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 7 Jalan Maharajalela-Teluk Intan malam tadi.

S Srinivasa Rao, 19, maut di tempat kejadian, manakala M Phooveandra, 26, dan KC Thinakaran, 19, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Teluk Intan. Dua lagi rakan mereka cedera parah dalam kejadian sekitar 9.30 malam Ahad itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, semua mangsa dalam perjalanan dari arah Hutan Melintang menuju Teluk Intan bagi menyambut ulang tahun kelahiran Thinakaran.

Bagaimanapun, katanya, kereta dinaiki lima pemuda itu hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Keadaan itu mengakibatkan lori tangki yang dipandu lelaki berusia 48 tahun itu tidak sempat mengelak dan berlanggar,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Akibat pelanggaran itu, katanya, tiga penumpang kereta berusia 19 tahun dan 26 tahun itu meninggal dunia, manakala pemandu kereta berusia 26 tahun dan seorang lagi penumpang kereta berusia 19 tahun parah.

Katanya, pemandu lori itu tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT

3 rakan maut, tak sempat sambut hari lahir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker