Zahid memahami, PAS takut hilang 18 kerusi jika PRU-15 disegerakan

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menyifatkan Pas takut partinya memperoleh kerusi kurang daripada kerusi Parlimen sedia ada sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu antara kemungkinan kebimbangan Pas sekiranya pilihan raya umum dipercepatkan.

“Mungkin kalau pilihan raya cepat dia khuatir partinya akan kehilangan kurang daripada 18 kerusi Parlimen yang sedia ada,” katanya kepada pemberita di Wacana Aspirasi UMNO (WAU 2.0) bertemakan ‘Cabaran dan Masa Hadapan Orang Muda’, Menara Dato Onn, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menganggap pihak bertegas mahu menyegerakan pilihan raya umum adalah kumpulan sebenar kemaruk kepada kuasa, dan bukannya mengutamakan perkara lain.

Selepas beberapa sisi kemenangan BN dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri, beberapa pemimpin dilihat semakin kuat menggesa pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU15 diadakan.

Spekulasi PRU15 semakin kuat dibincangkan apabila ramai pemerhati politik membayangkan ia dijangka berlangsung paling awal pada Oktober ini.

Jangkaan tersebut mengambil kira tiga faktor iaitu tarikh akhir penerbangan pulang jemaah haji Malaysia dari tanah suci pada 13 Ogos, sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September. – UTUSAN

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker