Amir Hamzah dilantik Senator, bakal jadi Menteri Kewangan II
Amir Hamzah dilantik Senator, bakal jadi Menteri Kewangan II
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang disebut-sebut bakal dilantik menyertai Kabinet yang dirombak hari ini, mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara pagi ini.
Majlis itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Amir Hamzah, 56, dikatakan bakal dilantik sebagai Menteri Kewangan II dalam rombakan Kabinet yang dijadual diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jam 11 pagi ini.
Amir Hamzah yang menyertai KWSP pada tahun 2021, adalah anak sulung kepada bekas Pengerusi dan Presiden Petronas, Tun Azizan Zainul Abidin.
Sebelum dilantik sebagai Ketua Eksekutif KWSP, beliau mengetuai Tenaga Nasional Berhad sejak tahun 2019.
Pengalamannya dalam dunia korporat mencakupi lebih 27 tahun, termasuk peranan kepemimpinan dalam syarikat seperti Kumpulan Syarikat Shell, MISC Berhad, Petronas Dagangan Berhad, Petronas Lubricants International, Icon Offshore Bhd, dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.
Amir Hamzah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan dengan pengkhususan dalam Kewangan dan Ekonomi dari Universiti Syracuse, New York. BH
Amir Hamzah dilantik Senator, bakal jadi Menteri Kewangan II
Baca Artikel Menarik:
- Konsert Ed Sheeran, bersediakah Stadium Nasional ‘dilanyak’ lagi?
- Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam
- Meerqeen bingung digelar ‘playboy’
- Ibu subahat beri suami rogol anak tiri
- 8 MP PN akan isytihar sokong PM – Syed Hussin
- Henti kongres bumiputera bukan kenyataan saya – Lian Ker
- Anwar berbeza dengan tiga PM sebelum ini – Zahid
- Mana ada Terengganu dianaktiri
- Tubuh pasukan bebas siasat dakwaan Ayob
- Sultan Johor tolak Hasni sebagai MB untuk tegakkan kuasa raja
- Sultan Ibrahim beri amaran akan ‘buru’ semua orang yang korup apabila dilantik sebagai Agong
- Sultan Ibrahim mahu Projek HSR yang diilhamkan Najib dikembalikan semula
- Ibu Danial Akmal akan ambil tindakan undang-undang kes buli di asrama ASiS
- Anak durjana tikam dan bunuh ibu bapa warga emas
- Tikam kepala, leher dan muka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zainal tak malu mengaku guna botox