Pacuan Empat Roda Rempuh Tiang Jejantas, Dua Maut Tiga Cedera

Pacuan Empat Roda Rempuh Tiang Jejantas, Dua Maut Tiga Cedera

JOHOR BAHRU: Dua maut dalam kemalangan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas dan merempuh tiang jejantas di susur masuk ke Taman Damansara Aliff di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Taman Perling di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin berkata, terdapat lima mangsa dalam kenderaan terbabit ketika kejadian.



Katanya mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Charles Anak Singgai, 24, dan Rizky Ahmad Hua Abdullah, 35.

“Dua mangsa maut di tempat kejadian termasuk salah seorang tersepit di bahagian penumpang dan seorang lagi mangsa dilaporkan tercampak keluar daripada kenderaan.

“Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan menyerahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala tiga lagi mangsa iaitu Douglas Anak Martin, 29, Kareno Anak Esang, 39 dan Andy Mieky Anak Bunyah, 22 mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini-AA

Pacuan Empat Roda Rempuh Tiang Jejantas, Dua Maut Tiga Cedera



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker