Pemimpin bahagian bukan lagi keutamaan jadi calon PRU-15

 

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tidak hanya memberi keutamaan kepada pemimpin bahagian untuk menjadi calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“(Calon) PRU15, insya Allah mungkin yang ada di atas pentas ini (merujuk Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dan Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker).

“…dan saya tidak akan meraikan hanya pemegang jawatan di bahagian saja jadi calon,” katanya ketika berucap merasmikan Wacana Aspirasi Orang Muda di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Zahid berkata, sekarang ialah masa sesuai untuk mengadakan PRU15 kerana sokongan anak muda dilihat telah kembali kepada BN, berdasarkan keputusan dalam beberapa pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Oleh itu, katanya, formula mengetengahkan muka baharu dan anak muda sebagai calon berkemungkinan besar digunakan dalam PRU15.

“Dalam PRN lepas, undi anak muda lari memilih calon BN. PRN Melaka kita ketengahkan 87% calon baharu, di Johor 70%.

“Oleh kerana anak muda telah kembali kepada kita (BN), carilah masa sesuai (untuk mengadakan PRU),” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker