Hampir jadi ‘lauk’ ular sawa ketika kemas rumah pusaka

ANGGOTA APM Alor Gajah berjaya menangkap ular sawa seberat 30kg di sebuah rumah di Kampung Belimbing Dalam, Alor Gajah, Melaka.

ALOR GAJAH: Sebuah keluarga di Kampung Belimbing Dalam di sini berdepan detik cemas selepas terserempak seekor ular sawa seberat 30 kilogram (kg) ketika membersihkan laman rumah bagi majlis perkahwinan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari kelmarin, ular sawa sepanjang sembilan meter tersebut berjaya ditangkap dengan bantuan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Alor Gajah.

Menurut Affandy Bakar, 32, reptilia itu ditemuinya ketika dia bersama rakan membersihkan longgokan kayu yang turut mengeluarkan bau hanyir.

“Sepupu saya akan melangsungkan perkahwinannya di rumah pusaka nenek ini pada 25 Jun ini, jadi kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan laman rumah. Ketika ingin membersihkan longgokan kayu, saya terbau benda hanyir dan alangkah terkejutnya apabila terdapat ular sawa di bawahnya,” katanya ketika ditemui di sini.



Jelasnya, dia cuba memberanikan diri menangkap ular tersebut, namun membatalkan hasrat selepas menyedari reptilia itu panjang dan bersaiz besar.

Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kes menangkap ular (KMU) pukul 2.25 petang.

“Pengadu memaklumkan terdapat ular di bawah timbunan kayu dan sepasukan empat anggota telah dikejarkan ke lokasi untuk operasi KMU. Bagaimanapun, setiba di lokasi kita dapati terdapat dua ekor ular dengan seekor daripadanya adalah seberat 30kg dan sepanjang sembilan meter,” katanya.

Tambahnya, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkapnya dan dipercayai ia datang dari kawasan paya berhampiran rumah pusaka berkenaan. – UTUSAN



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker