1 juta penduduk Petaling perlu bersedia gangguan air berjadual

SENARAI kawasan yang terjejas dalam gangguan air berjadual berikutan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil bermula 21 Jun ini.

SHAH ALAM: Lebih sejuta penduduk dalam 47 kawasan di daerah Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 24 jam bermula pukul 9 pagi, 21 Jun ini, berikutan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan terjejas itu melibatkan sekitar Puchong, Bukit Jalil dan Glenmarie, di sini.

“Gangguan bekalan air berjadual itu bermula pukul 9 pagi, 21 Jun, dan dijangka pulih sepenuhnya pukul 9 pagi keesokannya. Bekalan dijangka mula disalurkan bermula 9 malam secara berperingkat selepas kerja menaiktaraf dan penyenggaraan siap,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pelaksanaan kerja berkenaan sudah diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaik taraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna.



Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas terutama premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Justeru, Air Selangor menasihatkan pengguna yang terjejas supaya menyimpan bekalan air dan menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan kelak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air itu menerusi saluran komunikasi rasmi  seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi talian 15300.



Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

1 juta penduduk Petaling perlu bersedia gangguan air berjadual



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker