PAS tolak ‘khemah besar’, Ini pula pendirian Muhyiddin
PAS sudah memaklumkan pendirian parti itu terhadap idea khemah besar dan mendapat persetujuan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN).
Menjelaskan hal itu Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata sebelum itu Muhyiddin ada membuat perbincangan dengan parti berkenaan dan pendirian tersebut dimaklumkan kepada bekas perdana menteri berkenaan.
“PAS tolak (gagasan) khemah besar dan Muhyiddin terima pandangan kita (PAS) itu,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila, Kuala Terengganu hari ini.
Untuk rekod khemah besar ialah idea yang dilontarkan Pakatan Harapan (PH) dalam pemukiman pemimpin gabungan itu pada April lalu.
Ketika pelaksanaan dan perancangan sebenar ke arah gagasan itu masih kabur, ia turut mendapat reaksi yang pelbagai daripada kalangan pemimpin dan ahli parti komponen PH sendiri.
Amanah pula menegaskan khemah besar yang dicadangkan itu tidak memerlukan penyertaan PAS. Turut tidak disenangi ialah kemungkinan penyertaan Bersatu – sebuah parti yang asalnya komponen PH namun bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan gabungan terbabit pada penghujung Feb 2020.
Muhyiddin mendapat kepercayaan penuh daripada Bersatu untuk merundingkan jajaran politik baru dengan parti lain bagi menghadapi PRU ke-15.
Untuk rekod PN adalah sebahagian daripada kerajaan pusat yang memberikan sokongan kepada Umno-BN ketika ini. Bagaimanapun hubungan mereka terus tegang sama ada di peringkat persekutuan atau negeri.
Kedua-dua gabungan juga menunjukkan mereka sedang bersiap sedia untuk bertembung di antara satu sama lain.
Abdul Hadi berkata PAS kekal dengan prinsip yang dibawanya iaitu ” “menyatukan umat Islam” terlebih dulu dan kemudian membawa bersama kumpulan “bukan Islam yang tidak ekstrem.”
Ditanya mengenai sikap PAS terhadap kemungkinan PN berdepan kekalahan jika gagal mencapai persefahaman menjelang PRU ke-15, Abdul Hadi berkata, partinya mendapati sokongan yang diterima terus meningkat.
Menyandarkan kenyataan itu kepada keputusan pilihan raya negeri (PRN) yang diadakan di Sabah, Melaka dan Johor, Abdul Hadi berkata, ada di sesetengah kawasan PAS mendapat peningkatan undi sehingga 200 peratus.
“PAS melakukan post mortem, dalam PRN Sabah, Melaka dan Johor.
“Semua pilihan raya ini kita (PAS) mendapati pengundi PH dalam PRU lalu tak mengundi PAS lagi. Sama ada mereka mengundi kita (PN) atau mereka tak mengundi.
“Mereka (juta) tak mengundi BN. Jumlah (mereka) sangat besar,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : cprc@moh.gov.my
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.