Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
Pendakwah bebas yang mengulas mengenai perpindahan roh ke jasad manusia yang masih hidup dalam ceramahnya baru-baru ini, tampil bagi menarik balik kenyataan itu.
Muhd Zainul Asri menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di media sosialnya berkata, dia turut meminta maaf kerana isu berkenaan menimbulkan keresahan umat Islam.
“Saya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya tarik balik kenyataan itu. Sebenarnya bukan kenyataan saya, saya ‘naqal’ (ambil) daripada guru saya.
“Saya meminta maaf kepada masyarakat dan umat Islam di Malaysia yang mengikut polemik ini. Saya minta maaf kerana meresahkan umat Islam, umat Muhammad secara khusus. Tak perlu panjang-panjangkan, saya tarik balik,” katanya.
Terdahulu, tular rakaman video memaparkan pendakwah bebas itu menyatakan gurunya pernah menyebut contoh bahawa Allah SWT mencipta roh yang boleh berpindah-pindah.
Video berkenaan mencetuskan polemik dalam kalangan pengguna media sosial termasuk Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor yang tampil menggesa pihak berkuasa agama bertindak segera bagi mencegah kepercayaan kepada reinkarnasi. K Online
Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
Baca Artikel Menarik:
- Adakah Dibenarkan Dalam Islam Bila Founder Produk Ghairah Buat Marketing Melampau?
- Fify Azmi dakwa pembantu peribadi songlap duit
- Dijerat perkhidmatan pelacuran online, pekerja kilang rugi RM11,300
- Gadis dilamar, hantaran RM90K, tanah, ‘showroom’ kereta
- Ramai kena tipu homestay tidak wujud
- Warga emas kantoi berkhalwat
- Polis siasat Sanusi berkaitan dokumen PasLeak
- PH yang mansuhkan bantuan kepada veteran – Najib
- MK nafi berkahwin dengan anak hartawan
- Kanak-kanak 2 tahun tertembak ayah sendiri
- Ramlah Ram terima gangguan seksual
- Afdlin Shauki lapor polis tentang proses pengundian PKR
- Selangor tanam jagung hanya helah nyahwarta kawasan hutan simpan – NGO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.