Bekas puteri mati sebab dos berlebihan dadah

Bekas puteri mati sebab dos berlebihan dadah

Bekas puteri Qatar ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Sepanyol, baru-baru ini, dipercayai akibat dos berlebihan dadah.

Middle Eeast Monitor yang memetik laporan akhbar Perancis, Le Parisien berkata, Kasia Gallanio, 45, pernah menjadi isteri ketiga kepada Abdelaziz Khalifa Al-Thani.

Abdelaziz adalah bapa saudara kepada Pemerintah Qatar, ditemukan maut oleh polis di rumahnya di bandar peranginan Sepanyol, Marbella, Ahad lalu.

Wanita itu dilaporkan berketurunan Poland dan berasal dari Los Angeles.

Gallanio berkahwin dengan Abdelaziz pada 2004 dan mempunyai tiga anak perempuan.

Laporan menyebut bahawa wanita itu berdepan dengan beberapa isu termasuk depresi, alkoholisme, ketika tinggal di salah satu rumah pasangan berkenaan di Marbella.

Bedah siasat menunjukkan tiada kesan kecederaan fizikal pada mangsa dan sebab kematian adalah disebabkan oleh dos berlebihan dadah. HM

Bekas puteri mati sebab dos berlebihan dadah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker