Sunway XFarms buka ladang dalam bangunan terbesar di Kuala Lumpur

Sunway XFarms buka ladang dalam bangunan terbesar di Kuala Lumpur

SUNWAY XFarms, syarikat teknologi pertanian yang berpangkalan di Malaysia akan melancarkan ladang dalam bangunan terbesar di pusat bandar Kuala Lumpur pada suku ketiga 2022.

Ladang bandar tertutup itu mempunyai keluasan seluas 37,000 kaki persegi membabitkan tiga tingkat di Menara Sunway.

Ladang itu juga dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 13,000 kilogram sayuran segar, sihat dan bebas racun setiap bulan.



Ketua Pegawai Operasi Sunway Xfarms, Eleanor Choong berkata, Hab Sunway XFarms baharu di Menara Sunway akan membolehkan penduduk bandar Kuala Lumpur menikmati hasil segar.

Katanya, ia menawarkan faedah pemakanan maksimum dengan sayuran ditanam di tengah-tengah bandar dan dihantar ke restoran dan pengguna dalam tempoh tiga jam selepas penuaian.

“Dengan Sunway XFarms dilancarkan di Menara Sunway, kami berharap dapat mempercepat komitmen kami ke arah meningkatkan pengeluaran makanan mampan yang dekat dengan pengguna.

“Sunway XFarms akan dapat menyumbang ke arah keselamatan makanan Malaysia,” katanya dalam kenyataan.



Terletak di persimpangan antara Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang di Kuala Lumpur, Menara Sunway adalah bangunan pejabat utama 33 tingkat.

Ia menawarkan sambungan sangat baik dengan akses mudah ke transit awam dan lebuh raya utama.

Hasil daripada Sunway XFarms ditanam dengan lebih cepat dan lebih sihat, dengan mengurangkan pembaziran ketara melalui penggunaan teknologi pertanian terkini.

Eleanor berkata, dengan menggunakan 90 peratus kurang air berbanding pertanian tradisional, XFarms mampu menghasilkan 10 kali lebih banyak hasil, dengan kurang daripada lima peratus pembaziran di ladang.



Katanya, untuk memastikan kualiti tinggi yang konsisten, hasil ditanam dalam persekitaran yang selamat dan terkawal yang dikuasakan oleh rangkaian penderia dan kamera Internet benda (IoT) pintar, yang menyediakan analisis dan maklumat secara langsung kepada pengurus ladang. HM

Sunway XFarms buka ladang dalam bangunan terbesar di Kuala Lumpur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker