Saya akan lepaskan jawatan Menteri jika diminta PM – Zuraida

Saya akan lepaskan jawatan Menteri jika diminta PM – Zuraida

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin sedia untuk melepaskan jawatan Kabinet sekiranya diminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, perkara itu sudah pun dimuktamadkan beliau apabila mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri pada 26 Mei lalu.



“Kalau PM kata lepaskan (jawatan Menteri), saya akan lepaskan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan MRC ‘Global Funding for Rubber Innovation’ di ibu negara, hari ini.

Dalam pada itu, Zuraida menjelaskan, beliau masih belum dipanggil untuk bertemu dengan Ismail Sabri.

“Saya pada hari ini tengah dalam mod standby untuk bertemu dengan Perdana Menteri tapi masa belum dapat lagi.

“Dia (PM) beritahu saya untuk berjumpa minggu ini jadi saya dalam mod standby,” katanya.



Ditanya sama ada beliau akan hadir dalam mesyuarat Kabinet yang akan diadakan esok, Zuraida berkata: “Saya masih menteri.”

Zuraida yang ditanya mengenai jawatan apa yang akan disandang dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) hanya menjawab keahlian beliau masih menjadi tanda tanya.

“(Keahlian saya) dalam proses. Keahlian pun belum diputuskan,” ujarnya.

Sebelum ini Zuraida mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 26 Mei lalu, Ahli Parlimen Ampang itu turut mengumumkan keputusannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai PBM. MG

Saya akan lepaskan jawatan Menteri jika diminta PM – Zuraida


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker