Majlis bersama Mufti Perlis diprovokasi pihak tidak bertanggungjawab

Walaupun penganjuran forum menampilkan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Rozaimi Ramle, telah dibatalkan, program yang ditukar kepada majlis ramah mesra itu tetap diprovokasi oleh sekumpulan individu, malam tadi.

Majlis yang berlangsung di Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu, itu pada awalnya berjalan lancar namun kemudiannya dikunjungi sekumpulan individu yang bertindak melakukan demonstrasi.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, kumpulan tersebut antara lain melaungkan takbir dan kata-kata menolak Wahabi.

Rozaimi berkata, setelah majlis selesai terdapat sekumpulan anak muda datang membuat provokasi.

“Alhamdulillah majlis jamuan dan ramah mesra bersama saya dan Dato’ Mufti (Asri) semalam berjalan lancar. Saya tidak menyangka begitu ramai yang hadir untuk bertemu kami berdua sehinggakan makanan yang disediakan oleh penganjur juga habis dinikmati oleh hadirin.

“Jelas terpancar keterujaan mereka apabila bertemu kami semalam. Ada yang bersalam dan menangkap gambar, ada juga yang memeluk saya sambil menangis.

“Namun, setelah majlis selesai terdapat sekumpulan anak muda datang membuat provokasi. Mereka menjerit-jerit. Ada dalam kalangan mereka yang merokok, menghisap vape dan ada juga memakai seluar pendek,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu Rozaimi dan Asri dijadualkan menjadi panel forum bertajuk ‘Harta yang batil dan kesan kepada masyarakat’ yang turut menampilkan tokoh PAS Kelantan, Johari Mat dan dianjurkan seorang ahli perniagaan, Wan Ariff Wan Hamzah.

Bagaimana difahamkan forum tersebut dibatalkan selepas arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan susulan Asri dan Rozaimi tidak mempunyai tauliah daripada jabatan berkenaan.

Sementara itu Rozaimi turut menyatakan rasa kesal susulan provokasi kumpulan tersebut yang disifatkan sebagai tidak menghormati tuan rumah (penganjur).

“Kepada yang membuat provokasi, kita boleh berbincang secara bertamadun selain dari menjerit-jerit. Jika tidak mahu hormatkan kami sekalipun, hormatlah Datuk Wan Arif yang merupakan orang Kelantan, tuan rumah dan orang tua.

“Di kesempatan ini saya ingin nasihatkan diri saya dan pencinta sunnah semua supaya kita hormati tetamu. Berbeza bagaimana pun kita, kita hormati orang selagi dia manusia tambahan pula jika dia tetamu yang dijemput. Insya-Allah jika mereka hadir ke Perlis, kita usaha sambut dengan santun dan beradab,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker