Sanusi Jangan Selesa Jadi ‘MB Kedah Pintu Belakang’- Pemuda UMNO Alor Setar

Sanusi Jangan Selesa Jadi ‘MB Kedah Pintu Belakang’- Pemuda UMNO Alor Setar

ALOR SETAR: Pergerakan Pemuda UMNO Alor Setar, mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk tidak terlalu selesa berada di jawatan berkenaan memandangkan ianya diperoleh bukan melalui mandat rakyat sebaliknya melalui ‘pintu belakang’.

Ketuanya, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masyri menjelaskan nasib yang diterima Sanusi amat baik apabila berlaku huru-hara ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini selain kekalahan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Ahmad Yahaya di Dewan Undangan (DUN) Negeri Alor Mengkudu, menyebabkan ADUN Jeneri itu dilantik sebagai Menteri Besar mengikut hierarki parti.



Syed Johan menyatakan sebagai pemimpin politik, Sanusi juga bertanggungjawab untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan setelah ditipu PH secara hidup-hidup di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Kenyataan Menteri Besar Kedah itu yang mempersoalkan kemampuan parti lain untuk menang dalam PRU-15 sekiranya diadakan dalam masa terdekat juga menggambarkan pemimpin itu terlalu selesa berada di kerusi empuk yang diperoleh secara percuma.

“Selesa sangatkah kerusi Menteri Besar itu pada Sanusi yang diperoleh tanpa mandat rakyat?

“Empuk kerusi MB itu menyebabkan Sanusi lupa pada prinsip demokrasi yang menetapkan sesebuah kerajaan itu ditadbir oleh pihak yang benar-benar diyakini dan diberi mandat oleh rakyat? Seronok sangatkah Sanusi jadi MB “pintu belakang” hingga lupa pada tanggungjawab itu?,” soalnya ketika ditemui Astro AWANI.



Dalam pada itu, Syed Johan turut menegaskan bahawa jawatan serta kedudukan politik yang ada pada Sanusi bukan menjadi satu tiket untuk lupa akan hak memilih oleh rakyat negeri Kedah dan seluruh negara.

“Mungkin benar kerusi MB Kedah itu empuk, namun menafikan hak dan mandat rakyat itu akan ditanya Allah di akhirat kelak. Lainlah jika Sanusi sendiri sudah kemaruk dengan kerusi empuk yang diperoleh secara percuma itu,

“Kestabilan politik dan kerajaan adalah penting bagi pembangunan sesebuah negara atau negeri untuk mengembalikan kestabilan sesebuah negara atau negeri yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

“Paling utama, bukan soal “siapa” atau “parti” apa, namun lebih kepada sifat solidariti kemuafakatan parti yang membentuk sebuah pasukan Kerajaan yang diyakini dan menjadi pilihan rakyat dalam sistem demokrasi berparlimen negara,” tambahnya lagi.



Pada Rabu, Sanusi secara berseloroh mempersoalkan pihak yang sering mendesak untuk PRU-15 diadakan lebih awal berhubung kemampuan mereka untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Beliau juga mengulangi pendirian bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 wajar diadakan selepas tamat penggal kali ini iaitu selepas bulan Mei tahun hadapan.

Tambah ADUN Jeneri itu, keputusan kerajaan negeri Kedah juga kekal seperti negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan untuk tidak membubarkan DUN sehingga tamat penggal ini.-AA

Sanusi Jangan Selesa Jadi ‘MB Kedah Pintu Belakang’- Pemuda UMNO Alor Setar



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN



Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker