Perkasa Jentera PRU15, Ketepikan Perbezaan Pendapat – Salleh Said Keruak

Perkasa Jentera PRU15, Ketepikan Perbezaan Pendapat – Salleh Said Keruak

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa agar segala perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tentang waktu terbaik Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diketepikan segera.

Sebaliknya, beliau menasihatkan agar fokus utama diberikan kepada persediaan rapi dan memperkasakan jentera BN untuk berdepan PRU15.

Katanya, fokus utama seharusnya diberikan untuk memastikan maklumat mengenai kebaikan dan jasa BN dalam membangunkan negara diterima rakyat.

“Ternyata selepas berdekad memerintah dasar BN lebih mengutamakan kebajikan rakyat berbanding Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Rekod pentadbiran PH selama 22 bulan telah dikecam pelbagai pihak. Selain perancangan PN yang kurang berkesan.

“Maka, wajar untuk BN mendapatkan kemenangan majoriti agar kestabilan dan dasar ekonomi yang kukuh.

“Saya yakin, rakyat dapat menilai pentadbiran PH yang memberi kesan kepada ekonomi negara selain tidak mempunyai dasar polisi yang kukuh,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pengerusi Kelab Backbenchers Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu menjelaskan, pemimpin tertinggi BN sudah menyeru agar bersedia untuk bertempur dalam PRU15.

Katanya, setiap pilihan raya pastinya ada pelbagai risiko namun keyakinan BN dengan jentera yang kuat dan bersiap sedia bakal menyumbang sekurang-kurangnya 50 peratus kemenangan.

“Maka, penting untuk pemberian tugas yang sistematik, kempen berkesan, peraih undi yang bekerja keras selain setiap akar umbi memanfaatkan penggunaan media sosial.

“Jentera BN perlu kerja berpasukan, berdisiplin dan teruskan kesetiaan kepada parti. Siapkan mental dan fizikal untuk ‘berperang’,” katanya lagi.

Beberapa pemimpin UMNO dan BN menggesa agar PRU15 diadakan secepat mungkin dengan memberi alasan untuk mendapatkan mandat rakyat dan memastikan kestabilan negara.

Namun dalam satu wawancara dengan akhbar kewangan Nikkei sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, beliau akan menunggu “masa yang sesuai” untuk membubarkan Parlimen.-AA

Perkasa Jentera PRU15, Ketepikan Perbezaan Pendapat – Salleh Said Keruak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker