BNN musnah 5 hektar ladang ganja di Aceh

PEMUSNAHAN ladang ganja di Aceh, Indonesia. – AFP/Chaideer Mahyuddin

JAKARTA – Sebuah ladang ganja seluas lima hektar yang terletak di kawasan Hutan Pergunungan Leuser, daerah Blangkejeren, dalam wilayah Aceh telah dimusnahkan oleh Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia, lapor laman berita Merdeka.com semalam.

BNN bekerjasama dengan Agensi Maklumat Geospatial (BIG) dan Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan (BRIN) ketika melakukan kerja-kerja pemusnahan.

Menurut laman berita Antara News, ladang ganja seluas lima hektar itu ditemui oleh pasukan BNN pada 24 Mei lalu.

Aktiviti pemusnahan telah dilakukan di bawah pimpinan Timbalan Pengarah Narkotik Pemberantasan BNN, Brigedier Jeneral Roy Hardi Siahaan.

“BNN juga bekerjasama de­ngan BNN daerah Gayo Lues, Kejaksaan Negeri, Polis dan Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol) daerah Gayo Lues untuk menge­rahkan seramai 143 kakitangan.

“Kerjasama pasukan berjaya memusnahkan 20,000 batang pokok ganja dengan jumlah berat 10 tan,” kata Roy Hardi.

Sambutan Hari Anti-Narkotik Antarabangsa (HANI) yang jatuh 26 Jun pada setiap tahun menjadi momentum kepada keprihatinan masyarakat dunia dalam menangani isu penyalahgunaan dan pengedaran dadah secara haram.

Menjelang sambutan HANI 2022, BNN sedang mempergiat usaha membanteras penyalahgunaan dadah melalui pelbagai cara termasuk pemusnahan ladang ganja. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker