Air Tasik Bukit Merah Susut, 12,400 Pesawah Mungkin Terjejas
Air Tasik Bukit Merah Susut, 12,400 Pesawah Mungkin Terjejas
Bagan Serai: Seluas 12,400 hektar sawah padi di daerah ini, Semanggol dan Selinsing berisiko terjejas apabila bekalan air di hentikan susulan penyusutan paras air Tasik Bukit Merah.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menghentikan pengairan ke sawah padi bermula 27 Mei lalu berikutan paras takungan air Tasik Bukit Merah susut ke paras bahaya.
Menurutnya, keadaan sawah padi yang diusahakan penduduk kini berusia 20 hingga ke 40 hari serta memerlukan air dalam kuantiti yang banyak dan pesawah terpaksa menakung air yang dijangka hanya dapat bertahan antara tujuh hingga 14 hari.
“Sekiranya tidak berlaku hujan dalam tempoh seminggu dua ini, sawah akan kering sekali gus memberi kesan teruk kepada 4,720 pesawah.
Dalam program itu lebih 100 penduduk mengambil bahagian dan turut disertai oleh Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri dan Pegawai Pertanian Daerah Kerian, Riduan Othman.
Ditanya mengenai pembenihan awan, Razman berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Besar Perak dan pihaknya mengharapkan ia dapat dilakukan segera dalam minggu ini.
Sementara itu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parit Air Itam, Siap Jeraai, berkata sudah tiba masanya kerajaan menyegerakan perancangan pembinaan terowong air dari Sungai Perak.
Menurutnya, cadangan pembinaan itu sebenarnya telah berlarutan beberapa tahun lalu namun belum ada kata putus.
“Setiap kali berlaku penyusutan air di tasik ini hingga ke paras kritikal, skripnya sama iaitu kerajaan akan membuat terowong saluran air dari Sungai Perak.
“Jika tiada penyelesaian yang menanggung akibatnya adalah pesawah. Mana kami nak cari air? Saban tahun pesawah akan menanggung rugi,” katanya.-HM
Air Tasik Bukit Merah Susut, 12,400 Pesawah Mungkin Terjejas
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Chong Wei Nafi Kaut RM329 juta
- Tiada Tarikh Tamat MoU Kerajaan Dan PH – Annuar Musa
- Dr. Akmal Saleh kecewa dengan sikap Annuar Musa dalam Konvensyen BN
- Pondok dari luar dilihat ‘papa’, di dalam mewah tular sehingga luar negara
- PRU-15: Najib harap ‘top 4 UMNO’ bantu PM buat keputusan tepat
- Zuraida sepatutnya berbincang dengan saya dulu – Ismail Sabri
- Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat
- Yusuf Azmi ajak Azwan Ali berjumpa kasi ‘settle’ [VIDEO]
- Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir
- Adakah Rafizi Menang Kerana Pengundi Hantu?
- 15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]
- Adi Putra punya kekayaan bernilai lebih RM21j?
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]