Isu kesesakan lalu lintas, Wee bidas kritikan Chin Tong

Isu kesesakan lalu lintas, Wee bidas kritikan Chin Tong

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong membidas kritikan Ketua DAP Johor Liew Chin Tong yang mengatakan beliau lemah dalam membuat dasar untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

“Beliau boleh cakap apa beliau suka tetapi kata-kata saya diambil di luar konteks,” kata Wee kepada wartawan selepas Konvensyen Barisan Nasional (BN) selain menambah bahawa kenyataan Liew hanya mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Liew mengulas dua kenyataan yang dibuat oleh Wee, iaitu terdapat terlalu banyak kenderaan di atas jalan dan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan tambang pengangkutan awam.

Wee berkata, tidak adil untuk menyalahkan Kementerian Pengangkutan atas masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di negara ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan di seluruh Lembah Klang pastinya akan menyusahkan pengguna, namun pembangunan dan projek jalan bukan terletak bawah Kementerian Pengangkutan tetapi Kementerian Kerja Raya.

Katanya, perancangan bandar pula terletak bawah Majlis Bandaran manakala penguatkuasaan undang-undang penggunaan jalan raya turut menjadi tanggungjawab polis, bukan Kementerian Pengangkutan semata-mata.

“Pengurusan aliran lalu lintas bukan bawah Kementerian Pengangkutan, tetapi (kami) terus dipersalahkan,” katanya.

Katanya, kementerian sedang melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan isu kesesakan itu. FMT

Isu kesesakan lalu lintas, Wee bidas kritikan Chin Tong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker