Tok Mat bidas Anwar, pemimpin kering idea
Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sudah tiada idea apabila membangkitkan soal audit forensik dalam usaha menyelamatkan Sapura Energ Berhad.
Secara sinis Mohamad menasihati bekas Perdana Menteri Najib Razak suapaya tidak lagi melayan perdebatan dengan Anwar yang hanya tahu mengemukakan idea basi.
“Lain kali tak payah berdebat dengan orang macam ini Datuk Seri (Najib)…buang masa idea basi.
“Nak ambil syarikat ABC pun kita buat audit forensik apatah lagi ini syarikat minyak dan gas terbesar,” katanya ketika berucap pada Konvensyen BN di Kuala Lumpur, hari ini.
Pada Debat Perdana 12 Mei lalu, Anwar mencadangkan kerajaan supaya menjalankan audit forensik terhadap Syarikat Sapura Energy Berhad.
“Soalnya bukan soal kerajaan bantu syarikat ini tapi soalnya campur tangan, mesti ada audit forensik.
“Macam saya lakukan terhadap Perwaja Steel dulu saya diarahkan untuk bantu saya lakukan dan minta PWC lakukan audit forensik,” kata Anwar dalam Debat Perdana yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC).
Sementara itu, Najib pula mencadangkan mencadangkan supaya Petronas mengambil alih Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) untuk mengelak daripada syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G) itu diisytihar muflis.
Cadangan itu antara dua syor digariskan bekas perdana menteri itu sebagai langkah untuk menyelamatkan Sapura Energy memandangkan Petronas memiliki kepakaran, dengan satu lagi pilihan membabitkan pinjaman bank kepada syarikat itu yang dijamin kerajaan.
Hati-hati tikus baiki labu
Dalam pada itu, Mohamad hari ini meminta jentera BN supaya tidak membiarkan musuh terus menyerang parti itu sehingga berjaya mempengaruhi rakyat.
Tegasnya, jentera BN tidak boleh membiarkan segala tohmahan dan persepsi direka pembangkang sampai kepada masyarakat begitu saja.
“Yang menjadi masalahnya sekarang adalah, apabila kita membiarkan sahaja, segala tohmahan dan persepsi rekaan pembangkang, sampai kepada masyarakat.
“Saya perhatikan dalam banyak keadaan, kita gagal memberikan jawapan dan bidasan. Kalaupun ada, ia lebih bersifat retorik politik dan tidak berobjektif.
“Jika cubaan menjawab dan membidas ini, tidak dilakukan secara strategik dan terancang, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Kita ibarat tikus membaiki labu,” katanya lagi.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi
Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin
Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15
You must be logged in to post a comment.