Kedudukan Ismail Sabri sebagai PM beri kelebihan pada BN

Ismail Sabri Yaakob memberi keyakinan kepada BN bahawa kedudukannya sebagai perdana menteri akan memberi kelebihan kepada gabungan itu.

“Percayalah, keberadaan saya di sini sebagai perdana menteri semestinya akan memberi kelebihan kepada parti kita, BN untuk terus membela nasib rakyat.

“Negara perlukan kestabilan, parti perlukan kesetiaan, rakyat perlukan pembelaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen BN di Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno berkata BN memikul cabaran besar berdasarkan ikrar untuk mengembalikan kemenangan dengan manjoriti dua pertiga.

Katanya, kerajaan BN yang kuat akan mewujudkan kestabilan politik dalam negara dan seterusnya mampu menyumbang kepada kemakmuran ekonomi rantau Asean.

Mengulas lanjut, Ismail berkata kekalahan BN dalam PRU14 lalu adalah pengajaran paling bernilai kepada gabungan itu.

“Kekalahan PRU14 adalah satu detik hitam yang memberi pengajaran paling bernilai kepada kita.

“Tragedi pada tahun 2018 itu menyaksikan perubahan landskap politik negara. Buat pertama kali selepas lebih 60 tahun mentadbir, BN gagal mengekalkan kuasa.

“Demi memastikan mimpi buruk 22 bulan tidak berulang, kita wajib bekerja keras, bersiap siaga dan bersatu padu, dalam menghadapi PRU15 yang akan tiba bila-bila masa dari sekarang, bagi mengekalkan rentak kemenangan,” katanya lagi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker