Syarikat AirAsia X: Najib tunjuk lagi jalan keluar pada kerajaan bagi selamatkan Sapura Energy

Semalam, syarikat AirAsia X melaporkan keuntungan RM33.6 bilion bagi suku 3 tahun 2022 ini – iaitu keuntungan paling besar dalam sejarah korporat Malaysia.

Ini adalah sebab syarikat tersebut telah “menulis balik” (write-back) bahagian besar kerugian-kerugian amat besar yang dicatat syarikat tersebut setelah melakukan susut nilai serta kemerosotan nilai aset (impairments) ke atas aset-aset mereka ketika pandemic.

Ketika pandemik, aset-aset mereka dikatakan tidak bernilai sebab tidak boleh digunakan dan tidak menjanakan sebarang cash-flow.

Sebab itu syarikat tersebut membuat keputusan untuk merosotkan nilai-nilai aset dalam buku dan mencatat kerugian amat besar ketika pandemik.

Namun kerugian akibat proses merosot nilai aset masa itu adalah kerugian atas kertas ataupun accounting loss.

Kini, aset-aset mereka boleh digunakan dan mula menjana perniagaan semula. Proses penstrukturan semula AirAsia X juga telah selesai.

Dengan itu, syarikat tersebut terpaksa menulis balik kerugian akibat merosot aset untuk melaporkan keuntungan gergasi sebanyak RM33.6 bilion.

Begitu juga dengan syarikat Sapura.

Bahagian paling besar kerugian sebanyak RM8.9 bilion yang dilapor syarikat itu pada tahun lepas adalah akibat proses susut nilai dan kemerosotan nilai aset-asetnya setelah kekurangan modal kerja menghalangnya daripada beroperasi secara biasa setelah bank-bank menarik balik kemudahan kewangan bagi mereka.

Maka cara paling mudah untuk menyelesaikan masalah kekurangan modal kerja dan kemudahan bank supaya syarikat itu boleh beroperasi dan menggunakan aset-aset tersebut untuk menjana semula cashflow.

Masalah jangka masa pendek ini boleh diselesaikan dengan jaminan kerajaan kemudahan bank kepada Sapura ataupun Petronas mengambil alih secara sementara.

Ianya bukan diselesaikan dengan cara menjual aset-aset paling berharga Sapura kepada orang asing dengan harga murah SETELAH aset-aset itu telah dirosotkan nilai.

Sekiranya, masalah kekurangan modal kerja Sapura ini diselesaikan, aset-aset Sapura bakal menjana pendapatan yang tinggi pada ketika permintaan sektor minyak dan gas dunia semakin naik ke paras tertinggi.

Hampir kesemua aset-aset Sapura yang pernah dirosotkan nilai sedang diperlukan dan dikejar syarikat-syarikat minyak seluruh dunia setelah harga minyak kini semakin catat paras tertinggi.

Dan Sapura akan terpaksa untuk menulis balik bahagian besar kerugian yang dicatat sebelum ini sebagaimana dibuat AirAsia X.

Jangan short-term sangat, people. Nanti kita kesal hari kemudian.

Fokus untuk menyelesaikan masalah utama – bukan fokus pada jual aset-aset kepada orang asing dengan harga murah.

“30 May 2022: AirAsia X pivots to profit with RM33.6bil write-back in 3Q”

https://www.theedgemarkets.com/…/airasia-x-posts-rm336…

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker