Dramatis Aripah Damanhuri Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

Dramatis Aripah Damanhuri Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

LEBIH sebulan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman pada seluruh organ, dramatis Aripah Damanhuri, 73, akhirnya meninggal dunia pada pukul 8.15 pagi, Selasa.

Berita itu disahkan oleh anak bongsu Allahyarham iaitu Fais Nurpais Ismail ketika dihubungi mStar.

Menurut Fais, jenazah ibunya akan dibawa ke surau Al Tarbiyah Taman Melewar kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Gombak, Selangor

“Ya, mak baru saja meninggal pada pukul 8.15, tadi di wad 23, HKL. Jenazah masih berada di wad dan Insya-Allah urusan mandi dan kafan akan dilakukan di HKL.

“Kemudian akan bawa jenazah pergi ke surau Tarbiyah Taman Melewar untuk urusan solat. Insya-Allah jenazah akan dikebumikan di Raudhatul Sakinah, dekat Batu Muda.

“Cumanya pukul berapa sampai sana, saya akan maklumkan kemudian… Insya-Allah,” kata Fais.

Pada 23 April lalu, Aripah dimasukkan ke HKL kerana paras oksigennya menurun dan terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Fais memaklumkan Aripah kemudian diberikan bantuan pernafasan manakala semua jenis ubat penguat jantung sudah dihentikan

Malah, organ pelakon itu juga semakin sembuh daripada jangkitan kuman.

Menerusi laporan mStar pada 10 Mei lalu, adik kepada Allahyarham iaitu pelakon Normah Damanhuri berkata kakaknya ketika itu menunjukkan perkembangan positif.

Normah memberitahu, biarpun belum sedar sepenuhnya, namun kakaknya itu memberi respons setiap kali dipanggil.

Dalam pada itu, menerusi laman Facebook, Fais juga meminta mana-mana pihak menghubunginya sekiranya arwah mempunyai hutang yang belum selesai.

“Pohon sedekahkan doa kepada mak ya. Kalau mak ada apa-apa hutang yang belum langsai, hubungilah saya, Insya-Allah,” tulisnya.

Allahyarham mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1980 an dan kekal aktif dalam televisyen dan filem.

Antara filem lakonannya iaitu Senario XX (2005) dan 8 Jam (2012) manakala drama berjudul Airmata Maria, Gerak Khas musim 11 dan Antara Maghrib dan Isyak.

Dramatis Aripah Damanhuri Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker