Umno Kedah underdog, peluang 50-50 kembali tadbir negeri

Umno Kedah underdog, peluang 50-50 kembali tadbir negeri

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 disifatkan menjadi cabaran paling besar kepada Umno Kedah selepas kejatuhan mereka dalam PRU lalu lebih-lebih lagi kejatuhan bersama dengan kerajaan BN peringkat pusat.

Dengan senario politik semasa, Ketua Penerangan Umno Kedah Suraya Yaacob mengakui mereka akan tampil sebagai parti bukan pilihan atau ‘underdog’.

Menurutnya, peluang Umno di negeri Jelapang Padi itu adalah 50-50 dan pastinya episod kekalahan lalu dijadikan iktibar mendepani cabaran akan datang dengan perubahan dan persiapan serapi mungkin.

“Kita tidak akan pernah cukup untuk bersiap-sedia (sepenuhnya) dalam politik, tetapi kita rasa dah buat yang terbaik cumanya PRU ke-15 ini agak berbeza.

“Pada PRU ke-14 kita tahu ia berbeza tetapi kita tak ubah (apa-apa) pun, tak buat pun perubahan. PRU ke-15 kali ini kita rasa kita buat juga perubahan berbanding PRU lepas dengan panduan daripada pasukan-pasukan penerangan Umno pusat dan dengan pengalaman di pilihan raya negeri (PRN) yang bagi banyak pendedahan kepada pasukan penerangan Umno Kedah.

“Kita pun ikuti semua PRN, dan nampak apa yang perlu kita lakukan, perbezaan yang perlu kita lakukan untuk menghadapi PRU ke-15 ini,” katanya sebagai mukadimah wawancara bersama Malaysiakini ketika ditemui di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Suraya merupakan ahli dewan undangan negeri (Adun) Sungai Tiang merangkap exco kerja raya, bekalan dan sumber air, tenaga, pengairan dan saliran negeri Kedah.

Pendekatan peringkat negeri

Mengulas perubahan pendekatan diambil Umno Kedah, Suraya berkata, pasukan penerangan parti itu diberi tanggungjawab untuk bergerak dengan acuan masing-masing di peringkat bahagian dan akar umbi.

Katanya ia berbeza berbanding sebelum ini apabila pasukan penerangan parti digerakkan pasukan di peringkat negeri dengan panduan diberikan pimpinan penerangan pusat.

“Menyedari keperluan untuk berubah dan menyampaikan perubahan tersebut kepada pasukan penerangan kita tak sama dengan sebelum ini.

“Sama ada mereka boleh lakukan atau tidak dari segi keupayaan, wang ringgit dan logistik, saya rasa agak jauh untuk membolehkan mereka bersiap-sedia seperti yang kita mahukan.

“Tetapi kita tak paksa, bulan lepas timbalan presiden Umno mai (datang) kita maklumkan yang kita telah menurunkan kuasa kepada bahagian masing-masing untuk menjalankan kerja seperti yang mereka boleh buat mengikut acuan mereka. Saya rasa kita tak boleh lagi buat macam dulu.

“Kita kata kena buat macam ini macam itu, kita dah sedari setiap bahagian ada geopolitik berbeza. Ada audiensz berbeza, ada luar bandar, dalam bandar, ada campuran dan kita boleh bagi garis panduan dan cara mereka uruskan itu terserah pada mereka sendiri.

“Ini kali pertama kita turunkan kuasa itu kepada bahagian-bahagian, mereka yang kena cernakan dan laksanakan mengikut cara mereka sendiri. Jadi ketua penerangan bahagian-bahagian mesti mempunyai keupayaan untuk mengolah, terserah pada mereka untuk buat cara yang mereka mampu,” katanya yang juga satu-satunya Adun Umno yang dilantik sebagai exco di bawah kepimpinan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Mengulas peluang Umno pada PRU-15 nanti, Suraya berkata Umno dan BN Kedah berpotensi kembali mentadbir negeri itu walaupun cuma pada tahap 50-50.

“Peluang kita 50-50, saya suka di Kedah ini sebab kita parti underdog, menteri besar (Sanusi) memang boleh cakap dia boleh dapat 21 kerusi, 26 kerusi. Sebab dia mesti nak kekalkan kuasa dia.

“Bagi Umno kedah mestilah harapan kita pun untuk memerintah, tapi setakat mana kita mampu tengoklah nanti. Pihak yang sedang memerintah (PAS) mestilah ada kelebihan, tetapi kelebihan dalam keadaan kerajaan peringkat pusat bukan dia punya,” katanya. Mk

Umno Kedah underdog, peluang 50-50 kembali tadbir negeri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker