Rafizi menang bergaya sebagai Timbalan Presiden PKR

Saifuddin Nasution mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden berbanding pencabarnya, Rafizi

Rafizi menang bergaya sebagai Timbalan Presiden PKR

Rafizi Ramli menang jawatan timbalan presiden PKR apabila menewaskan pencabarnya Saifuddin Nasution Ismail, berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan jawatankuasa pemilihan pusat parti itu.

Setakat 8.30 malam, keputusan bagi semua negeri dan wilayah persekutuan telah diumumkan, kecuali Sarawak.

Saifuddin menang di Perlis dan Sabah manakala Rafizi menang di negeri-negeri selebihnya, termasuk Selangor.

Setakat berita ini ditulis, Rafizi memperoleh 67,895 undi berbanding Saifuddin yang meraih 48,797 undi.

Perbezaan sebanyak 19,098 undi itu dikira besar dan jumlah undi di Sarawak sendiri tidak cukup untuk mengubah keputusan yang berpihak kepada Rafizi.

Jumlah itu tidak mengambil kira “undi ragu” sebanyak 5,147 yang dikemukakan kepada Rafizi dan 3,896 yang dikemukakan kepada Saifuddin.

Undi ragu adalah undi yang memerlukan pengesahan lanjut daripada jawatankuasa pemilihan pusat PKR sebelum ia boleh disahkan dan ditambah kepada jumlah undi.

Bagaimanapun, bilangan tersebut juga tidak mencukupi untuk mengubah keputusan berkenaan.


Baca Artikel Menarik:


Rafizi yang tewas di Selangor pada pemilihan parti itu pada 2008, berjaya menguasai negeri berkenaan.

Selangor merupakan negeri yang mempunyai jumlah ahli PKR tertinggi yang berdaftar sebagai pengundi dalam parti itu.

Di Selangor, Rafizi menang dengan memperoleh 25,449 undi berbanding Saifuddin yang memperolehi 22,101 undi, walaupun bekas setiausaha agung PKR itu bersama dengan kem Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Di Sabah, Saifuddin menang sebanyak 8,585 undi berbanding Rafizi yang mendapat 6,814 undi. Saifuddin juga menang di Perlis apabila mendapat 760 undi berbanding Rafizi yang meraih 593 undi.

Di Negeri Sembilan, Rafizi memperolehi 5,522 undi berbanding Saifuddin yang mendapat 2,559 undi. Manakala di Melaka, Rafizi mengenepikan pencabarnya itu dengan 2,427 undi berbanding 1,464 undi diperolehi Saifuddin.

Di Johor, Rafizi mendapat 3,967 undi berbanding Saifuddin yang memperolehi 1,117 undi.

Rafizi turut menang Kelantan dan Kedah dengan memperolehi 3,107 undi dan 4,847 undi berbanding Saifuddin yang memperoleh 2,107 undi dan 2,724 undi di dua negeri berkenaan.

Di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur pula, Rafizi mendapat 2,908 undi berbanding Saifuddin yang menerima 1,437 undi.

Pertandingan di Pulau Pinang pula menyaksikan persaingan sengit dengan Rafizi mendapat 2,926 undi berbanding Saifuddin yang memperoleh 2,708 undi.

Bagi perebutan empat jawatan naib presiden pula, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menang dengan memperoleh 43,050 undi diikuti Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad (28,071 undi), Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang (27,118 undi), dan menteri besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun (26,291 undi).


Baca Artikel Menarik:


Amirudin mendapat sokongan padu daripada pengundi PKR di Selangor walaupun pernah berada dalam kes Azmin Ali yang kemudian meninggalkan PKR untuk menyertai Bersatu.

Sebanyak 26,373 daripada 43,050 undi yang diperolehi Amirudin adalah dari Selangor, yang memberinya peluang besar untuk memenangi jawatan naib presiden.

Amirudin dilihat bersama dengan kem Saifuddin manakala Nik Nazmi, Chang dan Aminuddin dilihat menyokong kem Rafizi.

Pemilihan PKR kali ini menyaksikan beberapa kejutan apabila beberapa muka lama tewas.

Di Melaka, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin memperoleh 379 undi dan tewas kepada oleh Mod Rafee Ibrahim yang mendapat 488 undi bagi jawatanketua cabang.

Di Kedah, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul (464 undi) kalah kepada Ooi Tze Min (567 undi) dalam pertandingan merebut ketua cabang.

Dan Di Kuala Lumpur, pemimpin lama dalam PKR Tian Chua (306 undi) ditewaskan oleh Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran (517 undi).

Di Perak, bekas ahli parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid (281 undi) tewas kepada Abdul Razak Nazri (409 undi).

Di Johor, Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail (93 undi) tewas kepada Yoong Thau (318 undi).

Sementara itu, muka baru dalam PKR, Maszlee Malik dijangka menang sebagai ketua cabang PKR Simpang Renggam.

 

Rafizi menang bergaya sebagai Timbalan Presiden PKR

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker