Pemilihan PKR 2022: Azmin Ucap Tahniah Kepada Amirudin

Pemilihan PKR 2022: Azmin Ucap Tahniah Kepada Amirudin

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kerana terpilih dalam Pemilihan PKR 2022 bagi kerusi Ketua Cabang Gombak.

Ucapan itu dinyatakan menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi milik Mohamed Azmin pada Ahad selepas keputusan pemilihan parti itu menunjukkan Amirudin memperoleh 1,858 undi iaitu 351 undi secara fizikal dan 1,507 undi secara dalam talian manakala pencabarnya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak memperoleh 1,215 undi ( 679 undian secara fizikal dan 536 undian dalam talian).

Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, beliau berharap agar persefahaman akan terus membawa ke arah kebaikan.

“Tahniah Amirudin kerana terpilih. Semoga persefahaman akan terus membawa kebaikan,” katanya dalam ciapan di akaun Twitternya pada Ahad.

Pada Ahad, Amirudin mempertahankan kerusi Ketua Cabang Gombak pada Pemilihan PKR 2022 selepas menewaskan pencabar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Keputusan itu menyaksikan Amirudin menang selesa dengan majoriti 643 undi sementara Timbalan Ketua Cabang Gombak milik A Rahim Ahmad Kasdi menewaskan dua pencabar lain.-SH

Pemilihan PKR 2022: Azmin Ucap Tahniah Kepada Amirudin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker