Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
KEHILANGAN penyanyi Anita Sarawak sejak tahun 2011 mengundang pelbagai spekulasi dan pertanyaan apabila ramai ingin mengetahui punca dia membawa diri tanpa sebarang berita.
Namun persoalan mengenai kehilangan penyanyi itu akhirnya terjawab selepas dia menghubungi rakan baiknya di Malaysia iaitu penulis lirik yang juga merupakan bekas wartawan hiburan, Roslen Fadzil.
Menurut Roslen atau Slen, dia teruja apabila berpeluang bercakap sendiri dengan penyanyi lagu Seksis itu menerusi panggilan telefon pada awal Mei lalu
Walaupun perbualan mereka singkat, Slen bagaimanapun berkata ia cukup bermakna kerana Anita sendiri berkongsi perkembangan hidupnya selepas 12 tahun menghilangkan diri.
Dalam perbualan mereka itu, Anita turut menyangkal dakwaan dia kini sedang sakit dan sudah bercerai dengan suaminya iaitu Mahathir Abdullah.
“Perbualan kami singkat sahaja dan saya juga tidak terlalu banyak bertanya kerana mahu menjaga privasi Anita.
“Apa yang boleh saya katakan cerita yang orang perkatakan tentang Anita sebelum ini seperti dia sakit, sudah meninggal dunia dan bercerai adalah tidak benar.
“Ketika dia hubungi saya, suaminya ada bersama. Anita sebenarnya sedih apabila ada yang katakan dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi mStar.
Sebelum itu, Slen menerusi Instagram memberitahu dia dihubungi oleh penyanyi itu pada 7 Syawal lalu.
“Lepaslah rindu selama 12 tahun tidak bersembang. Ternyata segala gosip tentang mereka selama ini berhubung keuzuran dan perpisahan adalah tidak benar.
“Kita biarkan mereka berdua hidup tenang di luar negara, hormati privasi mereka dan semua move on dengan ceria,” tulisnya.
Meskipun sudah lama tidak berhubung, Slen berkata percakapan dan perbualan penyanyi berusia 70 tahun masih sama seperti dahulu.
Malah, Anita juga masih mengikuti perkembangan semasa dunia hiburan di Malaysia menerusi perkongsian rakan-rakan di sini.
“Suara Anita masih seperti dahulu. Dia seorang yang ceria seperti mana yang saya kenali dahulu.
“Anita tidak lagi menyanyi sekarang ini dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia banyak menghabiskan masa dengan aktiviti yang disukainya seperti berkebun di rumah
“Tapi di mana dia tinggal pun saya tidak pasti. Dia dan suaminya suka mengembara, jadi tak tahu di mana mereka tinggal sekarang ini,” jelasnya.
Untuk rekod, Anita bersama suaminya Mahathir menghilangkan diri pada tahun 2011 dan dikhabarkan berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat.
Usaha wartawan hiburan menjejaki Anita dan suaminya tidak berjaya kerana sehingga kini tiada sebarang petunjuk di mana mereka menetap.
Bukan itu sahaja, beberapa cerita tentang penyanyi itu sakit turut menjadi perbualan apabila ada yang ternampak dia menjalani rawatan di Kuala Lumpur dan Singapura sebelum ini.-mSTAR
Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hamzah Dedah Perangai Zuraida Tidak Aktif Dalam Parti, Kerap Ponteng Mesyuarat
- Masa PKPB Adun PN Melayu Boleh Nyanyi Minum Arak di KTV Hotel tapi…
- Lompat Parti Diibarat Permainkan Undi Rakyat – Zahid
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita naik pentas halang suami menari dengan penyanyi dangdut [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’
Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah
You must be logged in to post a comment.