Hamzah bengang diperli Ahmad Maslan

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin bengang dengan Ahmad Maslan kerana menyifatkan langkah Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu sebagai tanda kelemahan parti itu.

Hamzah dilaporkan Astro Awani hari ini berkata sebaliknya Bersatu kini sebuah parti yang kuat – dengan wakil dalam kabinet.

Ketika diminta mengulas kenyataan setiausaha agung Umno itu, Hamzah menegaskan keputusan seseorang individu untuk keluar tidak ada kaitan dengan parti itu sendiri.



Dia memberi amaran kepada ahli parlimen Pontian itu supaya mengelak daripada membuat kenyataan yang angkuh.

“Jangan cuba nak mengadu domba kerana Yang Amat Berhormat menjadi perdana menteri. Itu kedudukan jumlah yang ada dengan beliau, hanya sedikit saja.

“Yang lain-lain itu daripada parti-parti lain. Saya nak mengingatkan kepada Ahmad Maslan, jangan rasa besar sangat,” katanya.

Pada Jumaat, Ahmad dilaporkan mendakwa tindakan Zuraida keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) menandakan parti itu semakin lemah.



Sehubungan dengan kejadian itu, Ahmad menggesa undang-undang anti-lompat untuk dibentangkan di parlimen pada Julai ini, walaupun tiada sidang khas.

Khamis lalu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida mengumumkan peletakan jawatannya daripada Bersatu.

Ini menimbulkan persoalan mengenai kedudukannya sebagai menteri, yang berdasarkan kuota Bersatu.

Zuraida bagaimanapun tidak meletak jawatan sebaliknya berkata dia akan membincangkan perkara itu dengan Ismail Sabri.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah



Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker