Wanita Parah Tercampak Dari Kereta Dalam Kemalangan

Wanita Parah Tercampak Dari Kereta Dalam Kemalangan

SHAH ALAM: Seorang wanita cedera parah akibat tercampak dari tempat duduk belakang selepas kereta Perodua Bezza dinaikinya melanggar penghadang jalan di Kilometer 3.7 Jalan Setia Alam menghala arah Setia City Mall di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pemandu dan dua lagi penumpang kenderaan tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan sekitar jam 11 pagi itu.



“Kemalangan melibatkan sebuah Perodua Bezza dipandu seorang wanita berumur 24 tahun bersama tiga penumpang iaitu seorang lelaki dan dua wanita dewasa.

“Kenderaan dinaiki empat sahabat tersebut hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar penghadang jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang berusia 22 hingga 27 tahun diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.-SH

Wanita Parah Tercampak Dari Kereta Dalam Kemalangan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’



Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker