‘Saya Fobia Sudah Dipanggil Katak’- Adun Kuamut
‘Saya Fobia Sudah Dipanggil Katak’- Adun Kuamut
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah belum menentukan lagi hala tuju untuk menyertai mana-mana parti politik di negeri ini.
Beliau yang juga ADUN Bebas berkata, dia kini sedang mengambil pendekatan untuk melihat situasi politik semasa, namun dalam masa sama menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Beliau berkata demikian ketika ditanya hala tujunya yang ketika ini masih menyandang status ADUN Bebas sejak memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.
“Pelawaan itu memang ramai. Banyak daripada pelbagai parti ada, ada yang menyediakan jawatan-jawatan dalam parti, ada juga yang tawarkan Timbalan Presiden, ada juga Naib Presiden.
“Banyak tawaran tetapi itu yang saya katakan, berikan saya sedikit masa lagi untuk kita membaca politik yang sebenarnya.
“Sebab saya seperti fobia sudah kena panggil ‘katak’. Nanti masuk sana, keluar nanti percaturan politik lagi, keluar lagi, (dipanggil) katak lagi,” katanya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah menyifatkan bahawa politik sebagai dinamik.
“Dalam politik tidak ada yang statik, tidak ada musuh selama-lamanya dan tidak ada kawan selama-lamanya.
“Ia dinamik sesuai dengan peredaran masa dan sesuai dengan suasana politik semasa,” katanya.-SH
‘Saya Fobia Sudah Dipanggil Katak’- Adun Kuamut
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]
- Saifuddin Nasution dijangka ‘tapau’ Rafizi dalam pemilihan PKR
- Pelakon didakwa anak pendakwah berpelukan, bercium? [VIDEO]
- Selepas 20 tahun, Wanita Ini Baru Tahu Dirinya Adalah Lelaki [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]
Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?