Ibu parah ditikam anak tingkatan 2
Pasir Puteh: Seorang ibu parah selepas ditikam dengan pisau oleh anak lelakinya yang berusia 14 tahun ketika tidur di rumahnya di Bukit Yong, di sini, semalam.
Dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 41 tahun ditikam di dada dan kini dirawat di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Datuk Mohd Nor Yhazid Idris berkata, ketika kejadian mangsa tidur bersama suspek di dalam bilik sebelum tiba-tiba merasa sakit dada.
“Dia nampak pisau tertusuk dan memanggil suami yang tidur di ruang tamu. Mangsa bertindak mengeluarkan pisau itu sendiri sebelum tidak sedarkan diri.
“Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh oleh suaminya dan doktor memaklumkan kesan tikaman itu mengakibatkan paru-paru mangsa bocor.
“Dia dirujuk ke HUSM, susulan kehilangan darah yang banyak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Nor Yhazid berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa ditikam suspek menggunakan pisau yang diambil dari dapur.
“Suspek dikatakan demam sejak dua hari lalu dan dipantau mangsa. Suspek adalah anak ketiga dan masih belajar di sebuah sekolah menengah di Pasir Puteh.
“Susulan kejadian, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya yang motif kejadian masih dalam siasatan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]
- Saifuddin Nasution dijangka ‘tapau’ Rafizi dalam pemilihan PKR
- Pelakon didakwa anak pendakwah berpelukan, bercium? [VIDEO]
- Selepas 20 tahun, Wanita Ini Baru Tahu Dirinya Adalah Lelaki [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?