PTPTN terima RM1.9 bilion bayaran balik

 

PETALING JAYA – Sebanyak RM1.9 bilion bayaran balik telah diterima oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tempoh enam bulan bermula 1 November 2021 sehingga 30 April 2022.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, dalam tempoh tersebut, seramai 443,722 peminjam telah menikmati insentif diskaun berjumlah RM206.89 juta.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminjam PTPTN yang telah membuat bayaran balik dan menikmati diskaun yang disediakan.

“Ini membuktikan sokongan peminjam terhadap usaha kerajaan dan PTPTN dalam melestarikan dana pembiayaan pendidikan untuk masa depan generasi akan datang dengan melaksanakan tanggungjawab membayar balik pinjaman mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Dasuki berkata, PTPTN juga berharap agar kerjasama dan sokongan daripada semua peminjam untuk membuat bayaran balik dikekalkan bagi memastikan PTPTN dapat meneruskan pinjaman pendidikan kepada generasi akan datang.

“Ini untuk memastikan tiada pelajar yang gagal memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan. Terima kasih juga kepada pihak Kerajaan yang sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan peminjam PTPTN,” ujarnya.

Tambahnya, PTPTN juga komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada para peminjam.

“Kini, bayaran balik pinjaman dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan selamat melalui aplikasi myPTPTN yang boleh dimuat turun di telefon mudah alih melalui platform pengedaran digital seperti ‘App Store’ bagi pengguna iOS, ‘Play Store’ (Android) dan ‘Huawei AppGallery’ (Huawei).

“Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari portal rasmi di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui Careline 03 – 2193 3000 termasuk media Sosial Rasmi PTPTN,” jelasnya.

Terdahulu, kerajaan bersetuju memberikan insentif diskaun bayaran balik kepada peminjam PTPTN bagi tempoh enam bulan melalui pembentangan Bajet 2022. – KOSMO! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker