Pengeluar durian bakal ke Bursa Malaysia

Pengeluar durian bakal ke Bursa Malaysia

Pengeluar durian bersepadu, DSR Taiko Bhd meninjau penyenaraian dengan cara pengenalan dalam Pasaran LEAP Bursa Malaysia membabitkan modal saham terbitan sebanyak 312.9 juta saham pada harga rujukan 30 sen sesaham.

DSR Taiko dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, cadangan penyenaraian itu adalah untuk meningkatkan profil korporat syarikat dan membolehkannya meneroka pasaran ekuiti untuk masa hadapan pengumpulan dana.

Ia berkata, cadangan penyenaraian itu juga bagi membolehkan DSR Taiko memanfaatkan pasaran modal ekuiti untuk penjanaan dana masa hadapan dan memberikannya fleksibiliti kewangan untuk mengejar peluang pertumbuhan masa depan.

IPO ATech terlebih langganan 20.27 kali
Komitmen KWSP cermin pasaran tempatan berpotensi besar

“Tujuan penyenaraian kami juga untuk memberi peluang kepada pelabur sofistikated mengambil bahagian dalam ekuiti dan menjangkakan pertumbuhan masa hadapan berikutan kejayaan penyenaraian dalam Pasaran LEAP Bursa Securities,” katanya.

Penyenaraian DSR Taiko dalam Pasaran LEAP dijadualkan pada 27 Jun 2022 bergantung kepada kelulusan Bursa.

Dalam makluman itu, DSR Taiko berkata dana sebanyak RM25.75 juta diperoleh daripada terbitan sahamnya kepada pelabur pra-penyenaraian.

Ia berkata, pelabur pra-penyenaraian telah melanggan saham DSR Taiko dengan jumlah langganan melebihi RM250,000 bagi setiap langganan.

“Kami akan menggunakan dana yang diraih itu untuk pengembangan perniagaan, modal kerja dan perbelanjaan penyenaraian,” katanya. BH

Pengeluar durian bakal ke Bursa Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker