Semua mangsa nahas pesawat Jeju Air berjaya dikenal pasti
Pegawai polis menjalankan pencarian terakhir terhadap pesawat Boeing 737-800 Jeju Air yang terhempas dan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, di Muan pada 4 Januari 2025. FOTO YONHAP/AFP
Seoul: Semua 179 mangsa nahas pesawat Jeju Air berjaya dikenal pasti, menurut Kementerian Dalam Negeri Korea Selatan pada Sabtu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pada Ahad, pesawat penumpang Jeju Air dari Bangkok melanggar tembok luar Lapangan Terbang Antarabangsa Muan ketika melakukan pendaratan cemas, menyebabkan 179 daripada 181 orang di dalam pesawat itu terkorban.
Daripada jumlah mangsa yang ditemukan, 103 diserahkan kepada keluarga masing-masing, manakala selebihnya ditempatkan di bilik mayat sebelum dihantar kepada waris, menurut kementerian itu.
Nahas pesawat Jeju Air: Polis serbu Lapangan Terbang Muan hari kedua MUAN, Korea Selatan: Polis Korea Selatan menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan untuk hari kedua berturut-turut susulan nahas pesawat syarikat penerbangan itu yang mengorbankan 179 nyawa. Agensi Berita Yonhap melaporkan polis Wilayah Jeonnam menjalankan operasi geledah dan rampas di pejabat…
Korea Selatan berkabung susulan nahas pesawat ragut 179 nyawa MUAN: Pasukan penyiasat Amerika Syarikat (AS) akan menyertai pihak berkuasa Korea Selatan bagi menyiasat punca pesawat Jeju Air yang terhempas dan terbakar sehingga mengorbankan 179 orang. Boeing 737-800 itu dilaporkan membawa 181 orang dari Thailand ke Korea Selatan apabila ia terhempas…
PELAKON Amerika, Joe Lara yang membintangi “Tarzan: The Epic Adventures” terkorban dalam nahas pesawat bersama isterinya dan beberapa orang lain selepas pesawat yang mereka naiki terhempas ke dalam tasik. Lara, 58, antara tujuh yang terbunuh dalam nahas pada Sabtu itu, lapor akhbar berkenaan memetik kenyataan polis pada Ahad, lapor agensi…
You must be logged in to post a comment.