Pekerja Mee Tonggek tidak mengambil suntikan anti-tifiod

KUALA LUMPUR: Sebuah gerai yang menjual mee goreng berlauk sotong yang tular dengan nama mee tonggek di Bazar Ramadan Putrajaya diarah tutup setelah didapati tidak bersih.

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengambil tindakan penguatkuasaan itu di Bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Dalam kenyataan pada Sabtu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata pemilik gerai berkenaan diarah mengambil langkah mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

“Kompaun turut dikeluarkan terhadap seorang pekerjanya yang didapati tidak mengambil suntikan anti-tifiod.

“Tiga sampel turut diambil di gerai terlibat bagi tujuan analisis mikroorganisme dan bendasing.

“Siasatan oleh pihak KKM juga mendapati peniaga tersebut mempunyai sebuah premis makanan yang beroperasi di Cyberjaya di mana bahan mentah dimasak dan disimpan sebelum dipasarkan di bazar tersebut.

“KKM akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan di premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengendalian keselamatan makanan di premis tersebut,” kata Dr Noor Hisham.

Sementara itu, bagi aduan kes gumpalan rambut dalam kuih limas, Dr Noor Hisham memaklumkan, KKM telah membuka kertas siasatan ke atas pengeluar kuih limas terlibat bagi tujuan pendakwaan mengikut Akta Makanan 1983.

Kata KKM, sehingga kini, sebanyak 4,362 premis bazar Ramadan telah diperiksa dalam Operasi Ramadan 2022 yang dijalankan di seluruh negara.

Sebanyak 77 notis kompaun dengan nilai RM38,500.00 telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009 dan sebanyak 178 sampel makanan juga telah diambil untuk dianalisis.

“Peniaga makanan yang didapati tidak mematuhi kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” kata Dr Noor Hisham.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker