Jangan Lafaz Cerai Melalui Laman Sosial – Mufti Kedah

Jangan Lafaz Cerai Melalui Laman Sosial – Mufti Kedah

ALOR SETAR: Umat Islam dinasihatkan agar tidak melafazkan cerai kepada pasangan mereka menerusi laman sosial bagi mengelakkan keraguan dari segi hukum.

Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang berkata, pasangan terlibat yang ingin bercerai seelok-eloknya melakukannya secara bersemuka di mahkamah syariah.



“Mereka perlu hadir bersama di sana (mahkamah syariah), sebab apa dilakukan suami berhubung masalah rumah tangga dan melafazkan cerai akan direkodkan.

“Apabila kedua-duanya ini hadir (ke mahkamah syariah), maka tidak ada sebarang keraguan dari segi hukum,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Zahir, di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai soal jatuh talak ataupun tidak apabila lafaz talak dilakukan melalui laman sosial, Fadzil berkata, ia perlu dilihat daripada beberapa sudut terlebih dahulu.

Katanya, isteri perlu memastikan bahawa individu yang melafazkan cerai melalui platform berkenaan adalah suaminya bukan individu lain.

“Sekiranya ia dilafazkan oleh suami dan isteri benar-benar mengenali itu adalah suaminya daripada wajah, suara, bukti-bukti lain serta tidak ada sebarang keraguan, maka lafaz itu adalah berlaku dan terjatuhlah (talak) mengikut apa yang dilafazkan.



“Jikalau didapati suara sahaja ataupun unsur menimbulkan keraguan di mana yang melafazkan itu walaupun nampak dari segi rupa paras dan suara suami dikenali isteri, namun ada unsur-unsur mungkin berlaku suntingan, maka lafaz itu tidak berlaku atau berjalan (sah).

“Sekiranya, suara saja kita kena putuskan, maka ia merupakan perkara yang masih perlu diteliti sebab soal berkaitan dengan nikah cerai ini dipandang serius agama Islam,” katanya.

Beliau menegaskan, Islam sangat menitikberatkan dalam isu ini, yang mana tidak mudah untuk mengatakan atau menghukumkan bahawa sesuatu lafaz ini akan berlaku perceraian atau terjatuh talak tanpa melihat dari semua sudut.

“Ia bagi tujuan meyakinkan bahawa yang melafazkan itu benar-benar suami, dikenali oleh isteri dan lebih-lebih lagi kalau disokong oleh penyaksian oleh keluarga,” katanya.-SH



Jangan Lafaz Cerai Melalui Laman Sosial – Mufti Kedah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker