MonkeyPox: Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet…Kenali Simptom Dan Cara Penularan
MonkeyPox: Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet…Kenali Simptom Dan Cara Penularan
BELUM reda mengenai Covid-19, dunia kini digemparkan pula dengan penularan penyakit yang jarang berlaku iaitu monkeypox atau cacar monyet di Amerika Syarikat.
Satu kes monkeypox dilaporkan pada Rabu lalu dengan pesakit dimasukkan ke sebuah hospital di Massachusetts selepas melakukan perjalanan ke Kanada menggunakan kenderaan persendirian.
Monkeypox yang kebanyakannya ditemui di Afrika Barat dan Tengah tetapi beberapa tahun kebelakangan ini kes turut dicatatkan di Eropah termasuk United Kingdom dan beberapa negara lain di seluruh dunia.
CDC menjelaskan kes-kes yang dilaporkan kebanyakannya dikaitkan dengan perjalanan antarabangsa termasuk haiwan import yang dijangkiti monkeypox.
Pada Khamis, Spain mengesahkan tujuh kes melibatkan monkeypox di Madrid dan sedang melakukan siasatan terhadap 22 lagi kes semantara Itali mengesahkan kes pertamanya.
Monkeypox mudah berjangkit kepada orang lain.
Manakala Kanada mengumumkan sedang menyiasat 17 kes yang disyaki melibatkan wabak itu di Montreal.
Beberapa kes sama di UK pula melibatkan individu yang tidak mempunyai rekod perjalanan atau hubungan dengan orang yang dijangkiti kes itu.
Pakar perubatan, Dr Vivek Murthy ketika bercakap kepada CNN menjelaskan ketika ini tiada sebab untuk masyarakat berasa cemas dengan perkembangan terbaharu itu memandangkan angka dilaporkan masih rendah.
Pun begitu jelas Dr Vivek, mereka yang mengalami simptom atau bimbang dengan keadaan kesihatan boleh berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.
Simptom monkeypox
Terdapat tempoh inkubasi antara tujuh hingga 14 hari jelas CDC yang gejala awalnya adalah selesema, demam, menggigil, keletihan, sakit kepala, lemah otot, bengkak pada nodus limfa yang membantu tubuh melawan jangkitan dan penyakit.
Satu ciri yang membezakan jangkitan monkeypox daripada cacar biasa adalah nodus limfa yang bengkak, jelas CDC.
Tidak hanya itu, pesakit boleh mengalami ruam di bahagian muka dan badan termasuk di dalam mulut dan tapak tangan dan kaki.
Seperti cacar, monkeypox juga akan menyebabkan lepuh yang berbentuk mutiara dan berisi cecair dengan bulatan merah. Ia akhirnya akan menjadi kudis dan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh dua ke tiga minggu.
Setakat ini tiada ubat khusus untuk jangkitan ini. Bagaimanapun vaksin boleh diberikan untuk mencegah perkembangan penyakit.
Bagaimana monkeypox merebak?
Individu yang dijangkiti penyakit itu boleh menyebarkannya kepada kontak rapat menurut pakar.
Jangkitan boleh berkembang selepas terdedah kepada kulit yang mengalami luka, titisan daripada pernafasan, cecair badan atau pun menerusi sentuhan barangan yang tercemar dengan wabak itu.
“Apabila lepuh sembuh, kudis (yang mungkin membawa virus berjangkit) boleh dipindahkan sebagai habuk yang boleh dihidu,” kata profesor Universiti Edinburgh Scotland, Neil Mabbot.
Jelas Neil, penularan antara manusia biasanya berlaku melalui titisan pernafasan kerana ia mampu bergerak sejauh beberapa kaki.
MonkeyPox: Ini Asal Usul Penyakit Cacar Monyet…Kenali Simptom Dan Cara Penularan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET