Pegawai Khas PM tiada isu, Dr. Kamarul layak seadanya – PM



KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan pelantikan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff sebagai salah seorang pegawai khasnya.

Beliau berkata, Kamarul Zaman yang merupakan pensyarah kanan Pusat Kajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia diberi tanggungjawab dalam soal dasar kepimpinan negara.

“Kita telah membuat penilaian dia (Kamarul Zaman) layak (sebagai Pengawai Khas Perdana Menteri).

“Dia seorang yang berpengalaman dan saya telah memilih orang yang difikirkan layak dan percaya dia boleh melakukan (tugasan),” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pelantikan Kamarul Zaman sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri yang baru dihebahkan semalam.




Kamarul Zaman dipetik sebagai berkata, dia telah dilantik dalam tugasannya yang tiada berkaitan dengan kerja-kerja politik sejak bulan Disember lalu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri meluangkan masa lebih sejam untuk beramah-mesra dengan lebih 1,000 kepimpinan UMNO Terengganu termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau akan merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) sempena Aidilfitri di pekarangan Jambatan Angkat Kuala Terengganu pada pukul 9 malam ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Leave a Reply

Your email address will not be published.