Isu ‘khemah besar’, DAP kata tak pernah bincang
GEORGETOWN – DAP tidak pernah berbincang mengenai cadangan kerjasama di bawah ‘khemah besar’ untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP ketika ini hanya memberi fokus untuk memperkukuhkan kerjasama di dalam Pakatan Harapan (PH).
“Setakat ini tiada sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak di luar PH termasuk soal strategi pembahagian kerusi.
“Penting bagi PH adalah untuk mengukuhkan kekuatan dan kedudukan. Apa sahaja kekuatan yang ada perlu diperkukuhkan seperti di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya dalam sidang akhbar di Komtar sempena kunjungan hormat pertama kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selepas dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu.
Hadir sama, Setiausaha Organisasi, Steven Sim Chee Keong.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pimpinan parti pihak pembangkang perlu berjiwa besar dengan memaafkan dan melupakan perkara lalu bagi merealisasikan pendekatan ‘khemah besar’ sebagai persediaan menghadapi PRU15.
Menurutnya, kesepakatan barisan pembangkang cukup penting bagi PRU15 kelak dengan hanya satu musuh utama iaitu Barisan Nasional ( BN).
“Perlu ada kesabaran dan semangat sebab masih ada lagi masa untuk merealisasikan ‘khemah besar’. Walaupun sebelum ini ketika Pilihan Raya Negeri ( PRN) Melaka, Sarawak dan Johor, tidak boleh capai 100 peratus, tetapi itu tidak bermakna tidak laksanakan ‘khemah besar’,” katanya lagi.
Sementara itu, Anthony berkata, beliau mengakui DAP tidak boleh terlalu yakin dan selesa untuk mempertahankan Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang sebaliknya DAP perlu terus berusaha termasuk mencari bakat baru untuk dikemukakan sebagai calon pada PRU15.
“Kami tidak bincang soal kemenangan majoriti. Paling penting adalah kami dapat mengekalkan kemenangan dengan jumlah yang selesa,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi