Dakwaan harimau berkeliaran di Kemensah mula disiasat

AMPANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menjalankan siasatan berhubung dakwaan penampakan kelibat seekor harimau liar berkeliaran di sekitar kawasan perumahan di Kemensah Height di sini pada Jumaat.

Dakwaan yang dibuat oleh seorang pengguna WhatsApp itu tular di media sosial mengatakan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan perumahan tersebut terserempak seekor harimau berdekatan Jalan Tropika, Kemensah 3, Kemensah Height di sini.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya telah menghantar sepasukan anggota ke lokasi yang didakwa untuk menyiasat dakwaan tersebut.



“Sepasukan anggota Perhilitan telah dihantar ke lokasi untuk menjalankan tinjauan. Setakat ini tidak temui sebarang kesan seperti yang dihebohkan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihak polis turut menjalankan siasatan dan tinjauan di sekitar kawasan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, pada Jumaat jam 12.45 tengah malam, penduduk setempat telah dimaklumkan oleh pengawal keselamatan mengatakan telah terserempak seekor harimau.

“Perhilitan Selangor yg sampai ke tempat kejadian telah berusaha menjejak harimau terbabit tetapi tidak berjaya memandangkan maklumat yang diperolehi tidak lengkap.



“Pengawal keselamatan yang didakwa terlihat harimau ini dikatakan seorang warga asing dan merupakan pengawal sementara di kawasan kejiranan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, setakat ini pengawal keselamatan berkenaan tidak dapat dikesan dan tiada maklumat lanjut diperoleh berkenaan latar belakang warga asing terbabit.

Katanya, pihak polis mempertingkatkan kekerapan rondaan di kawasan berkenaan untuk memastikan keselamatan penduduk setempat terjamin.

“Setakat ini tiada sebarang laporan diterima bersabit insiden ini dan tiada saksi yang tampil untuk memberikan keterangan.



“Pihak Zoo Negara juga telah mengesahkan tiada kes harimau terlepas dari zoo berkenaan,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker