Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura
Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura
Penceramah terkenal Indonesia Abdul Somad berkata dia diusir daripada Singapura.
“UAS (Abdul Somad Somad) di ruang 1×2 meter seperti penjara di imigrasi, sebelum dideportasi dari Singapura,” tulis UAS di media sosialnya.
Bagaimanapun, duta Indonesia ke Singapura Suryopratomo berkata Abdul Somad tidak diusir tetapi dilarang masuk ke republik itu.
“Dia tidak diusir tetapi tidak mendapat kebenaran masuk ke Singapura jadi dia diminta pulang (ke Indonesia),” kata Suryopratomo kepada media Indonesia Tempo.
Suryopratomo tidak menjelaskan butiran lanjut sekatan itu.
Katanya, pemerintah Singapuralah yang patut menjawabnya.
Dalam pada itu, Abdul Somad menuntut kerajaan Singapura menjelaskan sebab kenapa dia dilarang daripada memasuki negara itu.
Soalnya, apakah sekatan terhadapnya berkaitan dengan militan atau sebaliknya.
Jelasnya pihak berkuasa Singapura tidak dapat menjelaskan kenapa dia dihalang daripada memasuki negara republik itu.
“Itulah yang mereka tak boleh menjelaskan. Itu yang pengawai Imigresen tak boleh menjelaskan.
“Jadi, yang boleh menjelaskan kedutaan Singapura di Jakarta. Anda harus menjelaskan kepada masyarakat kepada negara anda, kerajaan anda menolak kami.
“Kenapa apakah kerana (terbabit) teroris, apakah kerana ISIS, apakah bawa narkoba (dadah), perlu jelaskan,” katanya dalam satu wawancara disiarkan di YouTube.
Katanya, dia menjelaskan kepada pihak berkuasa Singapura bahawa kedatangannya bersama ahli keluarga ke negara itu untuk bercuti bukannya menyampaikan ceramah agama. Mk
Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET