Selepas 19 Tahun Berkahwin, Selebriti Ellie Suriaty, Azri Iskandar Sah Bercerai…

Selepas 19 Tahun Berkahwin, Selebriti Ellie Suriaty, Azri Iskandar Sah Bercerai…

IKATAN perkahwinan yang dibina pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty Omar berakhir apabila mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Ellie, 52, keputusan untuk berpisah itu terjadi kerana mereka sudah tiada lagi persefahaman selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan.

“Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.

“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya.

Ellie dan Azri sah cerai.

“Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya seperti dilapor Getaran.

Usaha mStar untuk menghubungi pasangan ini tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab dan mesej hanya dibaca sahaja.

Untuk rekod, Azri Iskandar, 54, dan Ellie Suriaty mendirikan rumahtangga pada tahun 2003.

Perkahwinan yang dibina pada 2003 antara Ellie dan Azri menghadirkan mereka sepasang cahaya mata Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.-mSTAR

Selepas 19 Tahun Berkahwin, Selebriti Ellie Suriaty, Azri Iskandar Sah Bercerai…

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker