Isteri belanja RM1,000 beli barang masak mi hailam

Isteri belanja RM1,000 beli barang masak mi hailam

Setiap pasangan suami isteri pasti mahu memberikan yang terbaik sehingga ada yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit dan berkorban masa demi membahagiakan pasangan hidup.

Menerusi perkongsian di laman sosial Daniel Firdaus, memaparkan satu resit barangan basah yang dibeli oleh isterinya di sebuah pasar raya.



Apa yang mengejutkan, jumlah keseluruhan barangan yang dibeli bagi membuat hidangan mi hailam mencecah hingga RM1,000.

“Isteri cakap malam ini nak masak mi hailam. Jadi kena pergi Mydin beli barang. Cuma kebiasannya aku turun tetapi kali ini isteri nak turun sendiri sebab sebelum ini aku tertinggal daun ketumbar.

“Cuma saja nak tanya memang buat mi hailam mahal macam ini ke? Aku rasa baik makan kedai jimat,” katanya dalam satu hantaran semalam.

Susulan daripada itu, menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai turut terkejut dengan nilai yang ditunjukkan di resit berkenaan.



“Ni mee hailam cap kayangan. Minyak pun pakai Natural Blend,” kata Erul.

“Tak pernah beli-belah sampai beribu. Paling dahsyat pun RM400. Tu pun sekali seumur hidup,” ujar Dila.

“Kalau beli barang saya pun tak suka suami ikut, tahu nak cepat je. Kita nak cari barang keperluan pun susah,” seloroh Halimah. K Online

Isteri belanja RM1,000 beli barang masak mi hailam




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final



Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker